bekamazzahra.wordpress.com
Hidup manusia akan BERAKHIR dgn kematian. Itu sesuatu yg wajib. Segala perbuatan baik atau jahat akan dirakam dan di bawa mengadap Allah swt. Perangai huduh atau perangai baik juga akan di bawa dan perangai2 itu akan merupakan keadaan sifat masing2; yg baik rupanya indah manakala yg jahat rupanya jahat dan baunya juga busuk. Demikianlah keadaan manusia di sana. Setiap kata2 atau tulisan merupakan “isi hati” sebenarnya perangai2 manusia ini. Hanya taipan tangan shj yg diperlukan bagi menunjukkan apa isi hatinya. Hati yg baik melahirkan tulisan yg baik dan begitulah sebaliknya…..jadi HATI YG KELAKAR AKAN MELAKARKAN GURAU SENDA YG SIA2 TANPA PAHALA. Bagaimana rupa hati yg baik…….iaitu menjelma padanya (hati itu) sifat2 ketuhanan (tajallinya) melalui terbukanya hijab antaranya dgn Allah swt; basyirahnya dpt mengenali dan berhubungan dgn TuhanNya tanpa halangan (hijab). Zikir membasahi lidah dan hatinya……bukan ungkapan2 kosong tanpa isi (ruh & nur). Rasa bahagia mengungkapkan kata2 mulia yg keluar dari “nurani” yg bangsa ma’nawi. Terserlah keindahan ungkapan2 itu di dalam sanubari…..seterusnya memberi kesan pada jiwa yg membaca atau yg mendengar sptmana kata2 nabi pada para sahabatnya dan umatnya. Itulah nilai kemuliaan kurniaan Allah bila tiada hijab antara keduanya. Terasa keheningan dan kesyahduan dlm hidup……tiada kebingungan….tiada keresahan…..keserabutan…..kerana diri manusia itu merasai keagungan Allah dlm ruh rabbaninya. Maka setiap langkahannya kesemuanya dalam rahmat dan gerak Allah swt. Menakluki dunia dgn kekuatan iman islam dan ihsan……bukan sebaliknya. Maka langkah2an itu adalah langkahan kebajikan yg dikutipnya pada setiap saat; menjadikannya manusia “habibullah” yakni kekasih Allah. Justeru setiap titipan, ungkapan dan gerak diamnya adalah bersumberkan QUDRAT & IRADAT Allah swt. “Bergerak” pada setiap saat mengikuti petunjuk Ilahiah….bukan lagi petunjuk nafsu yg terbit dari kemanusiaan itu sendiri. Maka sentiasa lah terbit setiap kebaikan pada dirinya seumpama para aulia illahissolihi. Ayuhai teman2! Masa utk menilai apakah kedudukan kita disisi Allah swt sebagai hamba yg TAAT atau DURHAKA? Persoalan ini hanya terjwb pabila kita mula dpt mendekati para waris nabi saw dan menjalani hidup bersama mereka dan seumpama mereka. Keteladani pada diri mereka2 itu adalah kehendak “acuan” Allah (Sibghah) yg menjadi tauladan “wajib” kerana itu jalan yg paling di muliai utk melalui titian siratal mustaqim “tanpa hisab”. Justeru, hendaklah kita sama2 bersegera mendekati dan mengikuti “taariq” yakni jalan yg mereka telah contohi kpd kita kerana itulah sebaik2 jalan; dan tinggallah jalan2 yg kita sdg lalui atau yg kita sdg ikuti agar kita selamat dunia dan akhirat. Wallahuaklam.
— — Sent by WhatsApp Hidup manusia akan BERAKHIR dgn kematian. Itu sesuatu yg wajib. Segala perbuatan baik atau jahat akan dirakam dan di bawa mengadap Allah swt. Perangai huduh atau pe…