Sebaik saja PH dinobatkan sebagai pemenang dalam PRU 14 yang lalu…penyokong2 tegar PH sudah membayangkan segala janji2 yang ditaburkan sepanjang kempen pilihanraya bakal dilaksanakan…. Janji pilihanraya adalah janji melaksanakan…tapi apakah ia ditepati???… Aku dok ingat hanya 10 saja janji PH kpd para pengundi… rupanya berpuluh-puluh janji depa utk menarik hati pengundi…sekarang ni mandat sudah diberi…pakat2 semak laaa mana yg sudah ditunai, belum ditunaikan atau segala janji hanya sekadar retorik semata-mata… Kerana apa yang dijanjikan lah, para pengundi pilih depa utk menerajui kerajaan…kerana janji jugak lah, depa diamanahkan utk mentadbir dan membawa keselesaan kpd rakyat…tapi dok nampak, puak2 PH ni hanya mencari dan mencipta alasan… Dulu alasan depa jika umno bn terus mentadbir, negara bakal muflis…tapi skrg bila depa dah dapat kuasa, depa kata pulak jika tunaikan janji depa…negara boleh muflis…padahal, mantan gabenor BNM yang dilantik sebagai salah sorang anggota penasihat negara sendiri mengesahkan ekonomi negara stabil dan rizab negara mencecah lebih RM400 bilion… Apa yg aku paparkan ini adalah ringkasan janji2 depa yg dikeluarkan sendiri oleh sorang penyokong PH…kenapa disenaraikan???…sudah pasti inilah bahan yang mempengaruhi depa utk kempen undi PH…yang pengikut totok PH tu lantak pi laaa…depa cuba pujuk diri sendiri walau akur janji2 dah mula dimungkiri….tapi aku kesian kpd pengundi atas pagar, pengundi tidak berparti yang terpengaruh dgn tawaran2 janji yg makin nampak makin jauh ke laut dah drp daratan… Yang aku tandakan merah tu adalah janji2 yg dikira paling popular…contohnya memansuhkan AES (43) yang semenjak diperkenalkan AES, depa lah juga antara yg paling lantang menentang dan meminta dimaksudlhkan…janji nombor 7 iaitu nak stabilkan harga minyak bawah RM1.50 seliter…hakikatnya sejak depa menang sampai hari ni, RON 95 tak turun-turun…padahal dulu depa jugak kata Malaysia adalah negara pengeluar minyak….patutnya harga boleh kurangkan… Janji no. 20 iaitu menghapuskan tol…akhirnya yg dapat hanya diskaun 50% utk 2 hari….har har har… aku tak kata semua janji ini patut ditunaikan dalam tempoh 100 hari sebab mandat diberi utk 5 tahun….tapi setakat hari ini, banyak benda yg depa janji sendiri pun depa tak sebut atau tak nampak sebarang petanda utk dilaksanakan kemudian…tiba2 keluar arahan mansuh SPAD, ganti jadi APAD…had kelajuan jalanraya diturunkan…BR1M jadi BaSaH…hari2 dok mainkan isu pasal hutang negara, macam hutang tu nak kena bayar esok…. Janji utk menegakkan prinsip federalisme pun dicapatikan juga…janji utk memberi layanan sama rata terhadap semua rakyat tanpa mengira parti pun ke laut apabila peruntukan diberi kepada ahli parlimen berbeza mengikut blok kerajaan dan pembangkang…apakah rakyat yg memilih parti selain PH adalah rakyat kelas ketiga dalam negara ini???… sendiri janji, sendiri mau pikiaq!!!.. alfaqir ilallah ppk 24 Ramadhan 1439H


Sebaik saja PH dinobatkan sebagai pemenang dalam PRU 14 yang lalu…penyokong2 tegar PH sudah membayangkan segala janji2 yang ditaburkan sepanjang kempen pilihanraya bakal dilaksanakan….

Janji pilihanraya adalah janji melaksanakan…tapi apakah ia ditepati???…

Aku dok ingat hanya 10 saja janji PH kpd para pengundi… rupanya berpuluh-puluh janji depa utk menarik hati pengundi…sekarang ni mandat sudah diberi…pakat2 semak laaa mana yg sudah ditunai, belum ditunaikan atau segala janji hanya sekadar retorik semata-mata…

Kerana apa yang dijanjikan lah, para pengundi pilih depa utk menerajui kerajaan…kerana janji jugak lah, depa diamanahkan utk mentadbir dan membawa keselesaan kpd rakyat…tapi dok nampak, puak2 PH ni hanya mencari dan mencipta alasan…

Dulu alasan depa jika umno bn terus mentadbir, negara bakal muflis…tapi skrg bila depa dah dapat kuasa, depa kata pulak jika tunaikan janji depa…negara boleh muflis…padahal, mantan gabenor BNM yang dilantik sebagai salah sorang anggota penasihat negara sendiri mengesahkan ekonomi negara stabil dan rizab negara mencecah lebih RM400 bilion…

Apa yg aku paparkan ini adalah ringkasan janji2 depa yg dikeluarkan sendiri oleh sorang penyokong PH…kenapa disenaraikan???…sudah pasti inilah bahan yang mempengaruhi depa utk kempen undi PH…yang pengikut totok PH tu lantak pi laaa…depa cuba pujuk diri sendiri walau akur janji2 dah mula dimungkiri….tapi aku kesian kpd pengundi atas pagar, pengundi tidak berparti yang terpengaruh dgn tawaran2 janji yg makin nampak makin jauh ke laut dah drp daratan…

Yang aku tandakan merah tu adalah janji2 yg dikira paling popular…contohnya memansuhkan AES (43) yang semenjak diperkenalkan AES, depa lah juga antara yg paling lantang menentang dan meminta dimaksudlhkan…janji nombor 7 iaitu nak stabilkan harga minyak bawah RM1.50 seliter…hakikatnya sejak depa menang sampai hari ni, RON 95 tak turun-turun…padahal dulu depa jugak kata Malaysia adalah negara pengeluar minyak….patutnya harga boleh kurangkan…

Janji no. 20 iaitu menghapuskan tol…akhirnya yg dapat hanya diskaun 50% utk 2 hari….har har har…

aku tak kata semua janji ini patut ditunaikan dalam tempoh 100 hari sebab mandat diberi utk 5 tahun….tapi setakat hari ini, banyak benda yg depa janji sendiri pun depa tak sebut atau tak nampak sebarang petanda utk dilaksanakan kemudian…tiba2 keluar arahan mansuh SPAD, ganti jadi APAD…had kelajuan jalanraya diturunkan…BR1M jadi BaSaH…hari2 dok mainkan isu pasal hutang negara, macam hutang tu nak kena bayar esok….

Janji utk menegakkan prinsip federalisme pun dicapatikan juga…janji utk memberi layanan sama rata terhadap semua rakyat tanpa mengira parti pun ke laut apabila peruntukan diberi kepada ahli parlimen berbeza mengikut blok kerajaan dan pembangkang…apakah rakyat yg memilih parti selain PH adalah rakyat kelas ketiga dalam negara ini???…

sendiri janji, sendiri mau pikiaq!!!..

alfaqir ilallah ppk
24 Ramadhan 1439H

By azlinda2

Rahsia jana kekayaan tanpa batasan


Peristiwa pertama, saya seorang bekas murid sebuah sekolah menengah berasrama di Pahang. Masa zaman saya bersekolah (14 tahun lepas) , duit syiling sangat penting macam nyawa lah. Gigih belanja 20sen kat koperasi semata-mata nak dapatkan syiling 80sen. Nak buat apa? Nak telefon mak ayah tanya bila nak datang, tolong bawak itu ini dan sebagainya. Ada satu hari saya ke klinik sebab demam. Semasa menunggu van sekolah ambil saya selepas menerima rawatan, ada seorang makcik datang kepada saya. “Nak, tolong telefon anak makcik nak. Bagitau makcik dah siap. Boleh ambil dah. Makcik cari syiling tak jumpa”. Masa tu syiling saya sangat kritikal. Sangat sangat. Ada tak sampai seringgit. Nak call mak ayah lagi. Tapi saya pergi kat telefon awam, call no anak makcik tu. Bagitau dah siap semua. Makcik tu tunggu agak jauh dari saya. Tiba-tiba makcik tu datang. “Nah ambil semua duit ni. Tadi guna duit anak kan? Anak makcik dah datang. Terima kasih ye”. Allah. Allah. Allah. Dapat lah dua genggam syiling masa tu. Subhanallah. Terkedu kat situ jugak.

Peristiwa kedua, ketika saya sudah bekerja. Saya bekerja sebagai guru. Ada satu hari saya tengok anak murid saya macam selekeh sangat. Tak makan, tak terurus. Saya panggil beliau dan bertanya “tak rehat ke?”. Jawab beliau “tak cikgu, ayah saya tak kerja” simple. Saya tahu kesusahan beliau tapi tak terfikirlah sampai sedaif itu. Saya hulur RM10. Saya cakap “ambil duit ni buat belanja sampai esok. Jangan tak datang pulak”. Lepas ucap terima kasih terus beliau pergi rehat. Saya pun naik bilik guru. Tiba-tiba ada seorang cikgu jumpa saya “ni RM100 duit dari PIBG penghargaan sebab buat kelas sepanjang tahun lepas”. Dalam masa 10 minit, RM10 saya dah digantikan dengan RM100. Allah Maha Kaya.

Peristiwa ketiga, saya seorang yang ingin punya anak awal. Rezeki saya mengandungkan anak pertama kira-kira lima bulan selepas berkahwin. Sebenarnya tidak terlalu awal bagi sesetengah orang. Sebelum saya tahu saya mengandung, saya pergi ke sebuah rumah anak yatim yang betul-betul dhaif. Masa tu tiada orang sebab semua orang pergi solat jumaat. Saya tinggalkan beberapa beg beras dan saya masukkan sedekah saya di dalam tabung di luar pejabat rumah anak yatim tersebut. Saya tinggalkan nota berbunyi “Sedekah untuk anak-anak. Doakan saya juga dapat rezeki anak.” Beberapa hari kemudian saya dapat tahu saya pregnant. Syukurnya Ya Allah. Saya harap nota tu tak terbang di bawa angin.

Saya rasa cukuplah tiga peristiwa ini sebagai pendorong anda untuk bersedekah. Di sini saya ingin kongsikan sedikit tips : –

1. Jangan tunggu bila ada duit baru nak sedekah. Bila dah sihat baru sedekah. Sebab potensi untuk anda lupa tu sangat tinggi. Sedekahlah supaya anda ada duit. Sedekahlah agar anda sihat.

2. Niat semasa sedekah. “Ya Allah, aku sedekah ni bagi pihak aku dan keluargaku. Berikanlah aku sekian sekian sekian.” Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

3. Seeloknya sedekahkan makanan. Biar terus menjadi darah daging dan beranak pinak dengan darah daging hasil derma anda.

4. Kalau nak sedekahkan kepada anak yatim, cari yang betul-betul memerlukan. Biar mereka merasa sama apa yang anda dan anak-anak anda rasa.

5. Nak mengandung? Nak rezeki datang? Sedekahlah. Kadang-kadang kita terlupa bahawa Yang Memberi Rezeki ialah Allah swt.

6. Kalau nak orang doakan, sila nyatakan dengan jelas apa yang anda nak. “Doakan saya dapat baby” “Doakan saya dapat 10A+”

7. Jangan rasa jemu bersedekah. Minggu lepas anda sedekah tak dapat apa-apa yang luar biasa? Ketahuilah anda bahawa mungkin sebenarnya ketika anda pulang dari kerja minggu lepas sebenarnya tayar anda akan pancit. Tapi kerana sedekah anda, rezeki anda untuk berjimat sebanyak RM100. Kita tak tahu. Allah Maha Mengetahui.

8. Sedekahlah pada hari Jumaat untuk dapatkan pahala berganda.

9. Doa juga sedekah. Alfatihah juga sedekah.

10. Kongsikan entry ini juga sedekah. Tolong saya. Saya nak dapat pahala. Orang lain baca dan bersedekah, anda juga dapat pahala.

Semoga kita semua diberi kesempatan untuk bersedekah sebanyak mungkin dan sedekah kita bermanfaat sebelum kita menghadap pencipta. Saya doakan yang terbaik buat kalian, doakan juga yang terbaik untuk saya dan keluarga.

Ingatlah, rezeki yang berkat itu ada tiga : makanan yang dihabiskan, pakaian/barangan yang digunakan hingga lusuh dan rezeki yang disedekahkan.

Hamba Allah yang mengharapkan pahala tidak putus.

Sumber : IIUMC

By azlinda2

*Nik Amar VS Anwar : _Antara Memujuk Ahli Yang Berduka VS Bekas Banduan Yang Merasai Hikmah Belum Terlibat Dalam Pentadbiran Negara.._* Dalam satu sesi ceramah yang disampaikan oleh Nik Amar menjadi tohmahan & kutukan oleh pentaksub PH.. Setelah meneliti ucapan tersebut, sebenarnya adalag ucapan yg disampaikan kpd para penyokong & pengundi PAS yang berduka setelah gagal memenangi Putrajaya pada PRU14 yg lalu.. Ia adalah *seloroh bersifat meredakan kekecewaan..* Ia bukanlah satu strategi bodoh spt dakwaan Pentaksub Harapan.. Jom kita alih sedikit perhatian kpd Anwar Ibrahim.. “Ada hikmahnya juga saya bukan perdana menteri sekarang kerana tugasnya sangat mencabar, terpaksa bertempur hadapi kekuatan lama, rasuah besar, seluruh sistem kena betulkan, pegawai kerajaan, badan kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).” “Itu tugas berat, saya terlepas, kerja saya sokong sahaja. Kalau Dr Mahathir berhasil dalam proses peralihan ini, ia menguntungkan saya juga, tidak merugikan,” katanya ketika diwawancara dalam segmen Terus Terang yang disiarkan menerusi Facebook Invoke Malaysia hari ini. Adakah mana2 PENTAKSUB HARAPAN yang nak kecam Anwar?? https://m.malaysiakini.com/news/428183 Bagi kami dr PAS, itu satu hikmah.. sbb dia tidak diberikan tanggung jawab utk pikul beban tinggalan BN setelah dia dikhianati 20 tahun lalu.. Menyelesaikan hutang bukanlah satu tugas mudah.. Bila Nik Amar mengeluarkan ucapan kpd ahli/penyokong/pengundi PAS yg *berduka kerana gagal kuasai Putrajaya*, PENTAKSUB HARAPAN mengutuk bukan main lagi.. kecoh 1 Malaysia.. Tp bila Anwar kata Hikmah buatnya kerana tidak perlu menanggung tugas berat, *sepi menikus semuanya..* NOKTAH. Siri 4 8/6/18 @ 3.34pm *#Marratan_Ukhra* *Insuhluz Zualhusni* *Pena_Intifadah_Cyber*


*Nik Amar VS Anwar : _Antara Memujuk Ahli Yang Berduka VS Bekas Banduan Yang Merasai Hikmah Belum Terlibat Dalam Pentadbiran Negara.._*

Dalam satu sesi ceramah yang disampaikan oleh Nik Amar menjadi tohmahan & kutukan oleh pentaksub PH..

Setelah meneliti ucapan tersebut, sebenarnya adalag ucapan yg disampaikan kpd para penyokong & pengundi PAS yang berduka setelah gagal memenangi Putrajaya pada PRU14 yg lalu..

Ia adalah *seloroh bersifat meredakan kekecewaan..*
Ia bukanlah satu strategi bodoh spt dakwaan Pentaksub Harapan..

Jom kita alih sedikit perhatian kpd Anwar Ibrahim..

“Ada hikmahnya juga saya bukan perdana menteri sekarang kerana tugasnya sangat mencabar, terpaksa bertempur hadapi kekuatan lama, rasuah besar, seluruh sistem kena betulkan, pegawai kerajaan, badan kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).”

“Itu tugas berat, saya terlepas, kerja saya sokong sahaja. Kalau Dr Mahathir berhasil dalam proses peralihan ini, ia menguntungkan saya juga, tidak merugikan,” katanya ketika diwawancara dalam segmen Terus Terang yang disiarkan menerusi Facebook Invoke Malaysia hari ini.

Adakah mana2 PENTAKSUB HARAPAN yang nak kecam Anwar??

https://m.malaysiakini.com/news/428183

Bagi kami dr PAS, itu satu hikmah.. sbb dia tidak diberikan tanggung jawab utk pikul beban tinggalan BN setelah dia dikhianati 20 tahun lalu..

Menyelesaikan hutang bukanlah satu tugas mudah..

Bila Nik Amar mengeluarkan ucapan kpd ahli/penyokong/pengundi PAS yg *berduka kerana gagal kuasai Putrajaya*, PENTAKSUB HARAPAN mengutuk bukan main lagi.. kecoh 1 Malaysia..

Tp bila Anwar kata Hikmah buatnya kerana tidak perlu menanggung tugas berat, *sepi menikus semuanya..*

NOKTAH.

Siri 4
8/6/18 @ 3.34pm
*#Marratan_Ukhra*
*Insuhluz Zualhusni*
*Pena_Intifadah_Cyber*

By azlinda2

Assalamualaikum n hai semua! Ni jaz nak bagi satu combo menarik sempena ramadhan n nak raya ni dah kan! SET COMBO DABOOM 😚 -1 pack kecil brownies (rm8) -10 creampuff custard(rm10) -3 cupcake red velvet(rm10.50) Total rm28.50 TAPI JAZZ BAGI HANYA RM26 sahaja!! So cepat book slot korang ada 10SET SAHAJA! 😘 Boleh delivery ya! 😋😍😘 Hubungi 0126074536(Jazmina)❤ Facebook:JazzKafe Instagram:@jazz.kafe #jazzkafefeedback #jazzkafebrownies #kekharijadi #brownies #kekchocfudge #kuihraya #redvelvetcookies #redvelvetcake #repeatorder #bakedwithlove #subangbestari #denaialam #kgmelayusubang #sgbuloh #kotadamansara #payajaras #topbakers #homemade #100%halalfood #nevertryneverknow #Bolehtempahselepasrawatanbekam #ambildipusatrawatanbekamazzahra #lepasbekamtambahtenaga


Assalamualaikum n hai semua!
Ni jaz nak bagi satu combo menarik sempena ramadhan n nak raya ni dah kan!
SET COMBO DABOOM 😚
-1 pack kecil brownies (rm8)
-10 creampuff custard(rm10)
-3 cupcake red velvet(rm10.50)
Total rm28.50
TAPI JAZZ BAGI HANYA RM26 sahaja!! So cepat book slot korang ada 10SET SAHAJA! 😘
Boleh delivery ya! 😋😍😘
Hubungi 0126074536(Jazmina)❤ Facebook:JazzKafe
Instagram:@jazz.kafe
#jazzkafefeedback
#jazzkafebrownies
#kekharijadi
#brownies
#kekchocfudge
#kuihraya
#redvelvetcookies
#redvelvetcake
#repeatorder #bakedwithlove #subangbestari #denaialam #kgmelayusubang #sgbuloh #kotadamansara #payajaras #topbakers #homemade #100%halalfood #nevertryneverknow #Bolehtempahselepasrawatanbekam #ambildipusatrawatanbekamazzahra #lepasbekamtambahtenaga

By azlinda2

Kami sangat kecewa bahawa blog dan berita yang tidak disahkan baru-baru ini menyebarkan tentang perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Berita-berita ini seolah-olah menimbulkan syak-wasangka mengenai pentadbiran dan perbelanjaan Istana Negara. Ia seolah-olah satu usaha oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan reputasi Yang Maha Mulia, Yang di-Pertuan Agong dan peranan Baginda sebagai pembela perlembagaan Malaysia dan hak-hak Melayu dan Bumiputera dan semua warganegara Malaysia. Yang di-Pertuan Agong adalah ketua negara Malaysia yang kita cintai. Terdapat kenyatan yang dibuat oleh bekas ketua editor NST yang menyebut bahawa perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong adalah melebihi 250 juta ringgit untuk tujuan penginapan, kediaman dan istana, barangan peribadi, pesawat dan peralatan pengangkutan, latihan dan pengiring, pakaian dan upacara, hadiah dan cenderahati, lawatan ke luar negeri dan gaji kakitangan istana. Kami ingin menegaskan bahawa perbelanjaan rasmi Yang di-Pertuan Agong dari 16 Disember 2016 sehingga 30hb April 2018 (tempoh 16 setengah bulan) adalah RM79,284,717.50. Ini adalah kos sebenar yang disahkan oleh kakitangan Istana Negara dan bukannya berita palsu dan tidak disahkan. Perbelanjaan termasuk kos untuk menjalankan tugas rasmi yang termasuk lawatan diplomatik oleh Yang di-Pertuan Agong kepada pelbagai ketua negara untuk menjalin hubungan baik antara Malaysia dan negara-negara lain. Perbelanjaan juga mencerminkan kos upacara Penabalan Yang di-Pertuan Agong dan juga kos penyelenggaraan keselamatan dan latihan pasukan keselamatan yang melindungi Yang di-Pertuan Agong. Jika dilihat dari perspektif lain, kos ini sebenarnya sangat sederhana jikalau dibandingkan dengan kos yang ditanggung oleh Monarki dari negara lain. Sebagai contoh, Reuters melaporkan bahawa bajet untuk Raja Thailand adalah USD123 juta iaitu sebanyak setengah bilion ringgit. (sumber: https://www.reuters.com/…/thailand-proposes-palace-budget-o…). Ini tidak termasuk kos untuk mengekalkan kepentingan perniagaan-perniagaan kerabat diRaja Thailand. Menurut Republic Campaign Ltd, sebuah organasasi non-profit di UK, kerabat diRaja United Kingdom menelan belanja UK sekitar 345 juta pound setiap tahun iaitu lebih dari 1.8 bilion ringgit. (sumber https://www.republic.org.uk/…/Royal-Expenses-Report-2017_0…. https://www.coventrytelegraph.net/…/how-much-royal-family-c…) Kami ingin menyeru kepada rakyat Malaysia untuk mengabaikan laporan berita-berita dongeng yang diviralkan sekarang yang bertujuan untuk melemahkan peranan Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi Malaysia dan kepentingan semua rakyat Malaysia. Sila laporkan semua berita yang palsu dan tidak disahkan kepada pihak berkuasa yang sesuai bagi mereka untuk mengambil tindakan yang diperlukan. Daulat Tuanku #IstanaNegara #DaulatTuanku #iwillstandbymyking ———————————————————————- We are very disappointed that the recent unverified blogs and news being spread about the spending of His Royal Majesty, the Agong of Malaysia. These news seems be casting aspersions on the administration and expenses of the Istana Negara. It seems like an effort by certain quarters to undermine the reputation of His Royal Majesty and his role as the defender of the constitution of Malaysia and the rights of the Malays and Bumiputera and all citizens of Malaysia. The Yang Di-Pertuan Agong is the head of state of our beloved Malaysia. There was a post made by a former chief editor of NST alluding that the expenses for the Agong is at a quarter of billion ringgit that have been spent by the Yang di-Pertuan Agong for purposes of accommodation, residence and palace, personal items, aircraft and transportation, training and escort equipment, clothing and ceremonial items, gifts and souvenirs, overseas visits and salaries of palace staff. We would like to provide clarification to this as the official expenses of the Yang di-Pertuan Agong from the 16th of December 2016 until the 30th of April 2018 (a period of 16 and a half months) was RM79,284,717.50. These are the actual cost as provided by the official royal household which is available for public scrutiny and not some made up and unverified news. The expense include the costs incurred by the Royal household for the conduct of official duties which includes diplomatic visits by the Yang di-Pertuan Agong to various heads of state to garner good relations between Malaysia and other countries. The expenses also reflects the one time cost of the installation ceremony of the Yang di-Pertuan Agong and also the cost of maintaining the security and training of the security team that protects the Yang di-Pertuan Agong. To put it into perspective, this cost compares very modestly to the costs incurred by other Monarchies from the world. For example, Reuters reported that the budget for the Thai monarchy is at USD123million which is around half a billion ringgit. (source : https://www.reuters.com/article/us-thailand-king/thailand-proposes-palace-budget-of-more-than-123-million-idUSKBN18Z17A). This does not even include the costs to maintain the behemoth business interests of the Thai monarchy. According to the Republic Campaign Ltd, a non-profit in the UK, The United Kingdom Royal Family cost the UK around 345 million pounds annually which equals to over 1.8 billion ringgit. (source https://www.republic.org.uk/sites/default/files/Royal-Expenses-Report-2017_0.pdf https://www.coventrytelegraph.net/news/coventry-news/how-much-royal-family-cost-14111218) We would like to call upon our fellow citizens of Malaysia ignore and report these vitriol news being circulated around that aims to undermine the role of the Yang di-Pertuan Agong to protect Malaysia and all Malaysians. Please do report all fake and unverified news to the appropriate authorities for them to take the necessary actions. Daulat Tuanku #IstanaNegara #DaulatTuanku #iwillstandbymyking


Kami sangat kecewa bahawa blog dan berita yang tidak disahkan baru-baru ini menyebarkan tentang perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Berita-berita ini seolah-olah menimbulkan syak-wasangka mengenai pentadbiran dan perbelanjaan Istana Negara.

Ia seolah-olah satu usaha oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan reputasi Yang Maha Mulia, Yang di-Pertuan Agong dan peranan Baginda sebagai pembela perlembagaan Malaysia dan hak-hak Melayu dan Bumiputera dan semua warganegara Malaysia. Yang di-Pertuan Agong adalah ketua negara Malaysia yang kita cintai.

Terdapat kenyatan yang dibuat oleh bekas ketua editor NST yang menyebut bahawa perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong adalah melebihi 250 juta ringgit untuk tujuan penginapan, kediaman dan istana, barangan peribadi, pesawat dan peralatan pengangkutan, latihan dan pengiring, pakaian dan upacara, hadiah dan cenderahati, lawatan ke luar negeri dan gaji kakitangan istana.

Kami ingin menegaskan bahawa perbelanjaan rasmi Yang di-Pertuan Agong dari 16 Disember 2016 sehingga 30hb April 2018 (tempoh 16 setengah bulan) adalah RM79,284,717.50. Ini adalah kos sebenar yang disahkan oleh kakitangan Istana Negara dan bukannya berita palsu dan tidak disahkan.

Perbelanjaan termasuk kos untuk menjalankan tugas rasmi yang termasuk lawatan diplomatik oleh Yang di-Pertuan Agong kepada pelbagai ketua negara untuk menjalin hubungan baik antara Malaysia dan negara-negara lain.

Perbelanjaan juga mencerminkan kos upacara Penabalan Yang di-Pertuan Agong dan juga kos penyelenggaraan keselamatan dan latihan pasukan keselamatan yang melindungi Yang di-Pertuan Agong.

Jika dilihat dari perspektif lain, kos ini sebenarnya sangat sederhana jikalau dibandingkan dengan kos yang ditanggung oleh Monarki dari negara lain.

Sebagai contoh, Reuters melaporkan bahawa bajet untuk Raja Thailand adalah USD123 juta iaitu sebanyak setengah bilion ringgit. (sumber: https://www.reuters.com/…/thailand-proposes-palace-budget-o…). Ini tidak termasuk kos untuk mengekalkan kepentingan perniagaan-perniagaan kerabat diRaja Thailand.

Menurut Republic Campaign Ltd, sebuah organasasi non-profit di UK, kerabat diRaja United Kingdom menelan belanja UK sekitar 345 juta pound setiap tahun iaitu lebih dari 1.8 bilion ringgit. (sumber https://www.republic.org.uk/…/Royal-Expenses-Report-2017_0….
https://www.coventrytelegraph.net/…/how-much-royal-family-c…)

Kami ingin menyeru kepada rakyat Malaysia untuk mengabaikan laporan berita-berita dongeng yang diviralkan sekarang yang bertujuan untuk melemahkan peranan Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi Malaysia dan kepentingan semua rakyat Malaysia. Sila laporkan semua berita yang palsu dan tidak disahkan kepada pihak berkuasa yang sesuai bagi mereka untuk mengambil tindakan yang diperlukan.

Daulat Tuanku

#IstanaNegara
#DaulatTuanku
#iwillstandbymyking

———————————————————————-

We are very disappointed that the recent unverified blogs and news being spread about the spending of His Royal Majesty, the Agong of Malaysia. These news seems be casting aspersions on the administration and expenses of the Istana Negara.

It seems like an effort by certain quarters to undermine the reputation of His Royal Majesty and his role as the defender of the constitution of Malaysia and the rights of the Malays and Bumiputera and all citizens of Malaysia. The Yang Di-Pertuan Agong is the head of state of our beloved Malaysia.

There was a post made by a former chief editor of NST alluding that the expenses for the Agong is at a quarter of billion ringgit that have been spent by the Yang di-Pertuan Agong for purposes of accommodation, residence and palace, personal items, aircraft and transportation, training and escort equipment, clothing and ceremonial items, gifts and souvenirs, overseas visits and salaries of palace staff.

We would like to provide clarification to this as the official expenses of the Yang di-Pertuan Agong from the 16th of December 2016 until the 30th of April 2018 (a period of 16 and a half months) was RM79,284,717.50. These are the actual cost as provided by the official royal household which is available for public scrutiny and not some made up and unverified news.

The expense include the costs incurred by the Royal household for the conduct of official duties which includes diplomatic visits by the Yang di-Pertuan Agong to various heads of state to garner good relations between Malaysia and other countries.

The expenses also reflects the one time cost of the installation ceremony of the Yang di-Pertuan Agong and also the cost of maintaining the security and training of the security team that protects the Yang di-Pertuan Agong.

To put it into perspective, this cost compares very modestly to the costs incurred by other Monarchies from the world.

For example, Reuters reported that the budget for the Thai monarchy is at USD123million which is around half a billion ringgit. (source : https://www.reuters.com/article/us-thailand-king/thailand-proposes-palace-budget-of-more-than-123-million-idUSKBN18Z17A). This does not even include the costs to maintain the behemoth business interests of the Thai monarchy.

According to the Republic Campaign Ltd, a non-profit in the UK, The United Kingdom Royal Family cost the UK around 345 million pounds annually which equals to over 1.8 billion ringgit. (source https://www.republic.org.uk/sites/default/files/Royal-Expenses-Report-2017_0.pdf
https://www.coventrytelegraph.net/news/coventry-news/how-much-royal-family-cost-14111218)

We would like to call upon our fellow citizens of Malaysia ignore and report these vitriol news being circulated around that aims to undermine the role of the Yang di-Pertuan Agong to protect Malaysia and all Malaysians. Please do report all fake and unverified news to the appropriate authorities for them to take the necessary actions.

Daulat Tuanku

#IstanaNegara
#DaulatTuanku
#iwillstandbymyking

By azlinda2

Adab Mandikan Bayi Baru Lahir Dengan Cara Betul – Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam. Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik. 1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam. 2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya. 3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi. 4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi. 5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi. 6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman. 7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat. 8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.


Adab Mandikan Bayi Baru Lahir Dengan Cara Betul – Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

By azlinda2

📚33 Niat Penting Ketika Membaca Al-Quran. Oleh itu mari kita membaca sambil niat di hati. Ramai dalam kalangan saudara muslim kita ketika membaca Al-Quran berniat semata-mata untuk pahala dan masing-masing kurang mengetahui tentang kelebihan besar Al-Quran, iaitu seseorang akan mendapat apa saja yang dia niatkan ketika dia membaca Al-Quran. Ini sebagaimana yang disabdakan oleh Sayyidina Rasulullah SAW . “Sesungguhnya setiap amal yang dilakukan itu diukur atas niatnya dan seseorang akan mendapat (hasil amalnya) apa yang dia niatkan.” فالقرءان منهج حياة والنية تجارة العلماء فمن هذا المبدأ والمنطلق أردت أن أذكر نفسي وإخواني ببعض النوايا عند القراءة ومنها Al-Quran itu adalah panduan cara hidup, sehingga niatnya itu adalah perniagaan para ulama untuk mendapatkan keuntungan. 📚Niat-niat ketika membaca Al-Quran, antaranya : ➰1 – Tujuan Belajar Dan Beramal (اقرأ القرآن لأجل العلم والعمل به) Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan belajar dan beramal dengannya. ➰2 – Tujuan Memohon Hidayah (اقرأ القرآن بقصد الهداية من الله) Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan memohon hidayah dari Allah SWT. ➰3 – Tujuan Bermunajat (اقرأ القرآن بقصد مناجاة الله تعالى) Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk bermunajat kepada Allah. ➰4 – Tujuan Menyembuhkan Penyakit (اقرأ القرآن بقصد الإستشفاء به من الأمراض الظاهرة والباطنة) Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan menyembuhkan penyakit zhohir dan batin. ➰5 – Tujuan Meminta Dikeluarkan Daripada Kegelapan Kepada Cahaya (اقرأ القرآن بقصد أن يخرجنى الله من الظلمات إلي النور) Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan meminta kepada Allah SWT untuk mengeluarkan saya dari kegelapan (maksiat) kepada cahaya (iman). ➰6 – Niat Untuk Ubat Bagi Hati Yang Keras (اقرأ القرآن لأنه علاج لقسوة القلب فيه طمأنينة القلب وحياة القلب وعمارة القلب) Saya niat membaca Al-Quran ini karena ia merupakan ubat bagi hati yang keras, dengan Al-Quran ini hati menjadi tenang, hidup dan makmur (dengan iman). ➰7 – Tujuan Untuk Menikmati Hidangan (اقرأ القرآن بقصد أن القرآن مأدبة الله تعالى) Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan (untuk menikmati) jamuan atau hidangan dari Allah Taala. ➰8 – Tujuan Supaya Tidak Termasuk Dalam Golongan Yang Lalai (اقرأ القرآن حتى لا أكتب من الغافلين وأكون من الذاكرين) Saya niat membaca Al-Quran ini supaya saya tidak ditulis termasuk dari golongan orang yang lalai; bahkan saya ingin ditulis sebagai golongan orang yang mengingat Allah. ➰9 – Tujuan Untuk Menambah Keyakinan (اقرأ القرآن بقصد زيادة اليقين والإيمان بالله) Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk menambahkan keyakinan dan keimanan kepada Allah. ➰10 – Niat Mentaati Perintah Allah (اقرأ القرآن بقصد الإمتثال لأمر الله تعالي بالترتيل) Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mentaati perintah Allah SWT yang memerintahkan untuk membaca Al-Quran dengan tartil. ➰11 – Niat Untuk Mendapat Pahala Dan Kebaikan (اقرأ القرآن للثواب حتى يكون لى بكل حرف ١٠ حسنات والله يضاعف لمن يشاء) Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mendapat pahala sehingga dituliskan 10 ganjaran kebaikan bagi saya atas setiap satu huruf yang saya baca, sesungguhnya Allah melipatgandakan ganjaran bagi orang yang Dia kehendaki. ➰12 – Niat Untuk Mendapat Syafaat (اقرأ القرآن حتى أن أنال شفاعة القرآن الكريم يوم القيامة) Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mendapat syafaat Al-Quran pada hari kiamat kelak. ➰13 – Tujuan Untuk Mengikut Wasiat Nabi (اقرأ القرآن بقصد إتباع وصية النبى ﷺ) Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mengikuti wasiat Nabi SAW. ➰14 – Tujuan Supaya Allah Mengangkat Darjat Diri Dan Umat Islam (اقرأ القرآن حتى يرفعنى الله به ويرفع به الأمة) Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan semoga Allah SWT mengangkat derajat saya dengan Al-Quran dan mengangkat darjat umat ini dengan Al-Quran. ➰15 – Tujuan Supaya Allah Mengangkat Darjat Di Syurga (اقرأ القرآن حتى أرتقي في درجات الجنة وألبس تاج الوقار ويكسي والداى بحلتين لا يقوم لهما الدنيا) Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk dinaikkan kedudukan saya di syurga dan dapat dipakaikan mahkota kemuliaan, dan untuk ibu bapa saya semoga dipakaikan juga dengan perhiasan yang tidak diberikan ketika di dunia. ➰16 – Niat Untuk Mendekatkan Diri Kepada Allah (اقرأ القرآن بقصد التقرب إلي الله بكلامه) Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui kalamNya. ➰17 – Niat Agar Dimasukkan Dalam Golongan Ahlillah (اقرأ القرآن حتى أكون من أهل الله وخاصته) Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar dimasukkan kedalam golongan ahlillah dan daripada golongan orang-orang yang khusus. ➰18 – Niat Agar Dimasukkan Dalam Golongan Ahli Yang Mahir Membaca Al-Quran (اقرأ القرآن بقصد أن الماهر بالقرآن مع السفرة الكرام البررة) Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan (agar termasuk dalam golongan) orang yang mahir membaca Al-Quran akan bersama para Malaikat yang mulia lagi taat. ➰19 – Niat Agar Diselamatkan Daripada Ahli Neraka (اقرأ القرآن بقصد النجاة من النار ومن عذاب الله) Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar diselamatkan daripada neraka dan azab Allah. ➰20 – Niat Agar Hati Rasa Kebersamaan Dengan Allah (اقرأ القرآن حتى أكون في معية الله تعالي) Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar hati saya dapat merasakan kebersamaan dengan Allah SWT. ➰21 – Niat Supaya Tidak Mensia-siakan Umur (اقرأ القرآن حتى لا أرد إل أرذل العمر) Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar tidak menghinakan atau mensia-siakan umur. ➰22 – Niat Agar Al-Quran Menjadi Saksi Kebaikan (اقرأ القرآن حتى يكون حجة لى لا علىّ) Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar ia menjadi saksi kebaikan bagi saya dan tidak pula menjadi saksi keburukan ke atas saya. ➰23 – Niat Memandang Mushaf Ialah Satu Kebaikan (اقرأ القرآن بقصد أن النظر في المصحف عبادة) Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk melihat kepada mushaf yang mana perbuatan itu adalah satu ibadah. ➰24 – Niat Agar Allah Mengurniakan Sakinah (اقرأ القرآن حتى تنزل علىّ السكينة وتغشانى الرحمة ويذكرنى الله فيمن عنده) Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar diturunkan sakinah(ketenangan) ke atas saya, dan diliputi rahmat buat diri saya, dan disebut nama saya oleh Allah SWT kepada makhluk di sisiNya. ➰25 – Tujan Mendapat Kebaikan (اقرأ القرآن بقصد الحصول على الخيرية والفضل عند الله) Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mendapat kebaikan dan kelebihan di sisi Allah. ➰26 – Niat Supaya Aroma Mulut Menjadi Harum (اقرأ القرآن حتى يكون ريحي طيب) Saya niat membaca Al-Quran agar aroma (bau mulut) saya menjadi harum (dengan lantunan Quran). ➰27 – Niat Agar Tidak Tersesat Di Dunia (اقرأ القرآن حتى لا أضل في الدنيا ولا أشقي في الآخرة) Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar saya tidak tersesat di dunia dan tidak ditimpa celaka di akhirat. ➰28 – Niat Agar Terhindar Dari Kesedihan, Kerisauan Dan Kegusaran (اقرأ القرآن لأن الله يجلى به الأحزان ويذهب به الهموم والغموم) Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar Allah menghindarkan diri saya dengan sebab membaca Al-Quran dari segala kesedihan, serta menghilangkan kerisauan dan kegusaran. ➰29 – Niat Agar Al-Quran Menjadi Teman Di Alam Kubur* (اقرأ القرآن ليكون أنيسي في قبري ونور لي علي الصراط وهادياً لي في الدنيا وسائقاً لي إلى الجنة) Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar ia menjadi teman saya di dalam kubur dan cahaya bagi saya ketika melintasi titian Sirath, dan petunjuk saya ketika di dunia, dan pemandu saya untuk ke syurga. ➰30 – Tujuan Agar Allah Mentarbiah Saya (اقرأ القرآن ليربينى الله ويؤدبنى بالأخلاق التي تحلى بها الرسول ﷺ) Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar Allah mentarbiah saya, dan mengajar adab kepada saya dengan akhlak yang dihiaskan akannya kepada Rasulullah SAW ➰31 – Tujuan Agar Dapat Menyibukkan Diri Dengan Yang Haq (اقرأ القرآن لأشغل نفسي بالحق حتى لا تشغلني بالباطل) Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan menyibukkan diri saya dengan Al-Haq, sehingga tidak mampu kebatilan yang menyibukkan saya. ➰32 – Niat Mujahadah Melawan Nafsu (اقرأ القرآن لمجاهدة النفس والشيطان والهوى) Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mujahadah melawan nafsu, syaitan dan keinginan kepada selain Allah. ➰33 – Niat Agar Allah Memisahkan Diri Dengan Al-Kafirin (اقرأ القرآن ليجعل الله بينى وبين الكافرين حجاباً مستوراً يوم القيامة) Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan memohon agar Allah memisahkan saya dengan para kafirin di akhirat kelak. (فهيا لنكون من أهل القرآن، وهذه هي التجارة مع الله المضمونة الرابحة والتي يعطى الله عليها من فضله الكريم وعطائه الذي لا ينفد) Maka marilah kita menjadi ahlil Quran, yang telah dijamin keuntungannya, yang mana keuntungan itu Allah SWT kurniakan atas sifat pemurahNya dan sesungguhnya segala pemberianNya itu tidak akan habis. KONGSIKAN ARTIKEL INI Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. In syaa Allah ramai yang akan mendapat manfaat.


📚33 Niat Penting Ketika Membaca Al-Quran. Oleh itu mari kita membaca sambil niat di hati.

Ramai dalam kalangan saudara muslim kita ketika membaca Al-Quran berniat semata-mata untuk pahala dan masing-masing kurang mengetahui tentang kelebihan besar Al-Quran, iaitu seseorang akan mendapat apa saja yang dia niatkan ketika dia membaca Al-Quran. Ini sebagaimana yang disabdakan oleh Sayyidina Rasulullah SAW .

“Sesungguhnya setiap amal yang dilakukan itu diukur atas niatnya dan seseorang akan mendapat (hasil amalnya) apa yang dia niatkan.”

فالقرءان منهج حياة والنية تجارة العلماء فمن هذا المبدأ والمنطلق أردت أن أذكر نفسي وإخواني ببعض النوايا عند القراءة ومنها
Al-Quran itu adalah panduan cara hidup, sehingga niatnya itu adalah perniagaan para ulama untuk mendapatkan keuntungan.

📚Niat-niat ketika membaca Al-Quran, antaranya :

➰1 – Tujuan Belajar Dan Beramal

(اقرأ القرآن لأجل العلم والعمل به)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan belajar dan beramal dengannya.

➰2 – Tujuan Memohon Hidayah

(اقرأ القرآن بقصد الهداية من الله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan memohon hidayah dari Allah SWT.

➰3 – Tujuan Bermunajat

(اقرأ القرآن بقصد مناجاة الله تعالى)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk bermunajat kepada Allah.

➰4 – Tujuan Menyembuhkan Penyakit

(اقرأ القرآن بقصد الإستشفاء به من الأمراض الظاهرة والباطنة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan menyembuhkan penyakit zhohir dan batin.

➰5 – Tujuan Meminta Dikeluarkan Daripada Kegelapan Kepada Cahaya

(اقرأ القرآن بقصد أن يخرجنى الله من الظلمات إلي النور)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan meminta kepada Allah SWT untuk mengeluarkan saya dari kegelapan (maksiat) kepada cahaya (iman).

➰6 – Niat Untuk Ubat Bagi Hati Yang Keras

(اقرأ القرآن لأنه علاج لقسوة القلب فيه طمأنينة القلب وحياة القلب وعمارة القلب)
Saya niat membaca Al-Quran ini karena ia merupakan ubat bagi hati yang keras, dengan Al-Quran ini hati menjadi tenang, hidup dan makmur (dengan iman).

➰7 – Tujuan Untuk Menikmati Hidangan

(اقرأ القرآن بقصد أن القرآن مأدبة الله تعالى)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan (untuk menikmati) jamuan atau hidangan dari Allah Taala.

➰8 – Tujuan Supaya Tidak Termasuk Dalam Golongan Yang Lalai

(اقرأ القرآن حتى لا أكتب من الغافلين وأكون من الذاكرين)
Saya niat membaca Al-Quran ini supaya saya tidak ditulis termasuk dari golongan orang yang lalai; bahkan saya ingin ditulis sebagai golongan orang yang mengingat Allah.

➰9 – Tujuan Untuk Menambah Keyakinan

(اقرأ القرآن بقصد زيادة اليقين والإيمان بالله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk menambahkan keyakinan dan keimanan kepada Allah.

➰10 – Niat Mentaati Perintah Allah

(اقرأ القرآن بقصد الإمتثال لأمر الله تعالي بالترتيل)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mentaati perintah Allah SWT yang memerintahkan untuk membaca Al-Quran dengan tartil.

➰11 – Niat Untuk Mendapat Pahala Dan Kebaikan

(اقرأ القرآن للثواب حتى يكون لى بكل حرف ١٠ حسنات والله يضاعف لمن يشاء)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mendapat pahala sehingga dituliskan 10 ganjaran kebaikan bagi saya atas setiap satu huruf yang saya baca, sesungguhnya Allah melipatgandakan ganjaran bagi orang yang Dia kehendaki.

➰12 – Niat Untuk Mendapat Syafaat

(اقرأ القرآن حتى أن أنال شفاعة القرآن الكريم يوم القيامة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mendapat syafaat Al-Quran pada hari kiamat kelak.

➰13 – Tujuan Untuk Mengikut Wasiat Nabi

(اقرأ القرآن بقصد إتباع وصية النبى ﷺ)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mengikuti wasiat Nabi SAW.

➰14 – Tujuan Supaya Allah Mengangkat Darjat Diri Dan Umat Islam

(اقرأ القرآن حتى يرفعنى الله به ويرفع به الأمة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan semoga Allah SWT mengangkat derajat saya dengan Al-Quran dan mengangkat darjat umat ini dengan Al-Quran.

➰15 – Tujuan Supaya Allah Mengangkat Darjat Di Syurga

(اقرأ القرآن حتى أرتقي في درجات الجنة وألبس تاج الوقار ويكسي والداى بحلتين لا يقوم لهما الدنيا)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk dinaikkan kedudukan saya di syurga dan dapat dipakaikan mahkota kemuliaan, dan untuk ibu bapa saya semoga dipakaikan juga dengan perhiasan yang tidak diberikan ketika di dunia.

➰16 – Niat Untuk Mendekatkan Diri Kepada Allah

(اقرأ القرآن بقصد التقرب إلي الله بكلامه)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui kalamNya.

➰17 – Niat Agar Dimasukkan Dalam Golongan Ahlillah

(اقرأ القرآن حتى أكون من أهل الله وخاصته)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar dimasukkan kedalam golongan ahlillah dan daripada golongan orang-orang yang khusus.

➰18 – Niat Agar Dimasukkan Dalam Golongan Ahli Yang Mahir Membaca Al-Quran

(اقرأ القرآن بقصد أن الماهر بالقرآن مع السفرة الكرام البررة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan (agar termasuk dalam golongan) orang yang mahir membaca Al-Quran akan bersama para Malaikat yang mulia lagi taat.

➰19 – Niat Agar Diselamatkan Daripada Ahli Neraka

(اقرأ القرآن بقصد النجاة من النار ومن عذاب الله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar diselamatkan daripada neraka dan azab Allah.

➰20 – Niat Agar Hati Rasa Kebersamaan Dengan Allah

(اقرأ القرآن حتى أكون في معية الله تعالي)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar hati saya dapat merasakan kebersamaan dengan Allah SWT.

➰21 – Niat Supaya Tidak Mensia-siakan Umur

(اقرأ القرآن حتى لا أرد إل أرذل العمر)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar tidak menghinakan atau mensia-siakan umur.

➰22 – Niat Agar Al-Quran Menjadi Saksi Kebaikan

(اقرأ القرآن حتى يكون حجة لى لا علىّ)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar ia menjadi saksi kebaikan bagi saya dan tidak pula menjadi saksi keburukan ke atas saya.

➰23 – Niat Memandang Mushaf Ialah Satu Kebaikan

(اقرأ القرآن بقصد أن النظر في المصحف عبادة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk melihat kepada mushaf yang mana perbuatan itu adalah satu ibadah.

➰24 – Niat Agar Allah Mengurniakan Sakinah

(اقرأ القرآن حتى تنزل علىّ السكينة وتغشانى الرحمة ويذكرنى الله فيمن عنده)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar diturunkan sakinah(ketenangan) ke atas saya, dan diliputi rahmat buat diri saya, dan disebut nama saya oleh Allah SWT kepada makhluk di sisiNya.

➰25 – Tujan Mendapat Kebaikan

(اقرأ القرآن بقصد الحصول على الخيرية والفضل عند الله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mendapat kebaikan dan kelebihan di sisi Allah.

➰26 – Niat Supaya Aroma Mulut Menjadi Harum

(اقرأ القرآن حتى يكون ريحي طيب)
Saya niat membaca Al-Quran agar aroma (bau mulut) saya menjadi harum (dengan lantunan Quran).

➰27 – Niat Agar Tidak Tersesat Di Dunia

(اقرأ القرآن حتى لا أضل في الدنيا ولا أشقي في الآخرة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar saya tidak tersesat di dunia dan tidak ditimpa celaka di akhirat.

➰28 – Niat Agar Terhindar Dari Kesedihan, Kerisauan Dan Kegusaran

(اقرأ القرآن لأن الله يجلى به الأحزان ويذهب به الهموم والغموم)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar Allah menghindarkan diri saya dengan sebab membaca Al-Quran dari segala kesedihan, serta menghilangkan kerisauan dan kegusaran.

➰29 – Niat Agar Al-Quran Menjadi Teman Di Alam Kubur*

(اقرأ القرآن ليكون أنيسي في قبري ونور لي علي الصراط وهادياً لي في الدنيا وسائقاً لي إلى الجنة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar ia menjadi teman saya di dalam kubur dan cahaya bagi saya ketika melintasi titian Sirath, dan petunjuk saya ketika di dunia, dan pemandu saya untuk ke syurga.

➰30 – Tujuan Agar Allah Mentarbiah Saya

(اقرأ القرآن ليربينى الله ويؤدبنى بالأخلاق التي تحلى بها الرسول ﷺ)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar Allah mentarbiah saya, dan mengajar adab kepada saya dengan akhlak yang dihiaskan akannya kepada Rasulullah SAW

➰31 – Tujuan Agar Dapat Menyibukkan Diri Dengan Yang Haq

(اقرأ القرآن لأشغل نفسي بالحق حتى لا تشغلني بالباطل)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan menyibukkan diri saya dengan Al-Haq, sehingga tidak mampu kebatilan yang menyibukkan saya.

➰32 – Niat Mujahadah Melawan Nafsu

(اقرأ القرآن لمجاهدة النفس والشيطان والهوى)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mujahadah melawan nafsu, syaitan dan keinginan kepada selain Allah.

➰33 – Niat Agar Allah Memisahkan Diri Dengan Al-Kafirin

(اقرأ القرآن ليجعل الله بينى وبين الكافرين حجاباً مستوراً يوم القيامة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan memohon agar Allah memisahkan saya dengan para kafirin di akhirat kelak.

(فهيا لنكون من أهل القرآن، وهذه هي التجارة مع الله
المضمونة الرابحة والتي يعطى الله عليها من فضله الكريم وعطائه الذي لا ينفد)
Maka marilah kita menjadi ahlil Quran, yang telah dijamin keuntungannya, yang mana keuntungan itu Allah SWT kurniakan atas sifat pemurahNya dan sesungguhnya segala pemberianNya itu tidak akan habis.

KONGSIKAN ARTIKEL INI

Nabi Muhammad s.a.w
berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. In syaa Allah ramai yang akan mendapat manfaat.

By azlinda2