WARGA FELDA SUDAH MARAH KEPADA KERAJAAN PAKATAN HARAPAN? Saya bersetuju dengan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Manifesto Pakatan Harapan yang juga Pengerusi Biro Dasar PPBM, Datuk Dr Rais Hussin, bahawa pengiktirafan terhadap UEC bukanlah termasuk dalam 10 janji yang Kerajaan Pakatan Harapan ikrar untuk laksanakan dalam 100 hari pertama pentadbirannya. (Rujuk di sini: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/07/14/uec-not-part-of-pakatans-100-days-pledges-says-manifesto-chairman/) Sehubungan itu, fokus utama Kerajaan Pakatan Harapan sekarang seharusnya ditumpukan kepada perlaksanaan 10 janji ini dahulu kerana tempoh 100 hari pertama pentadbirannya sudah hampir tamat. Jika diamat-amati kembali, sektor pengundi FELDA adalah antara sektor utama yang cuba dipikat oleh Pakatan Harapan dan yang menjadi penyumbang utama kepada kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU 14. Di dalam usahanya untuk menarik sokongan warga FELDA, Pakatan Harapan menganjurkan Konvensyen Warga Felda pada 19 Mac 2017 dan menawarkan 5 resolusi kepada warga FELDA jika Pakatan Harapan menang dalam PRU 14. (Rujuk di sini: http://www.sinarharian.com.my/nasional/pakatan-harapan-garis-lima-resolusi-pulih-felda-1.645908) 2 daripada 5 resolusi Konvensyen Warga Felda ini akhirnya dimasukkan sebagai antara 10 janji yang Kerajaan Pakatan Harapan ikrar untuk laksanakan dalam 100 hari pertama pentadbirannya, iaitu: Janji 3: Menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka FELDA, dan Janji 7: Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja 1MDB, FELDA, MARA dan Tabung Haji, dan merombak semula struktur kepimpinan mereka (Turut terkandung di dalam Manifesto Pakatan Harapan adalah “Iltizam Khusus Untuk Warga FELDA” merangkumi “Iltizam 1: Menghentikan penyelewengan dalam FELDA di semua peringkat”, “Iltizam 2: Menyusun semula tadbir urus FELDA”, “Iltizam 3: Membela nasib peneroka FELDA dan mengurangkan bebanan hutang mereka”, “Iltizam 4: Memodenkan dan menaiktaraf kawasan-kawasan FELDA” dan “Iltizam 5: Memberi peluang pendidikan terbaik untuk anak-anak peneroka FELDA”) Malangnya, sehingga kini kedua-dua janji ini masih belum dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan sehingga menyebabkan mula timbul suara-suara kemarahan dari warga FELDA. Dapat kita baca kenyataan Pengerusi Majllis Pemuafakatan NGO Felda (MPNF), Mazlan Aliman, pada 12 Julai mendesak Kerajaan Pakatan Harapan menunaikan janji untuk menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka FELDA. (Rujuk di sini: https://www.malaymail.com/s/1651687/felda-ngo-urges-govt-to-address-settlers-debts) Mazlan Aliman selaku Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) juga sebelumnya membuat kenyataan pada 18 Mei lalu supaya Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat pelbagai isu dihadapi Felda. (Rujuk di sini: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/05/18/aktivis-cadang-tubuh-rci-siasat-isu-felda/) Agak pelik bila desakan sebegini perlu dibuat kembali, apatah lagi secara terbuka, oleh Mazlan Aliman yang merupakan Ahli Jawatankuasa Pusat AMANAH, bila perkara-perkara yang didesak ini sudah sedia dijanji untuk dilaksanakan tempoh 100 hari pertama pentadbirannya oleh Manifesto Pakatan Harapan. Terbaru adalah kenyataan terbuka Timbalan Presiden Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mohd Nasaie Ismail, yang juga adalah aktivis AMANAH, yang “merayu kepada kerajaan baharu agar cakna nasib peneroka Felda yang masih tidak menerima wang sara hidup” kerana “peneroka menerima wang sara hidup yang lambat yang tidak pernah berlaku di zaman pemerintah yang lalu”. Tegas Mohd Nasaie Ismail: “Pakatan Harapan pula, tanpa 19 kerusi Felda, tidak akan boleh membentuk kerajaan. Jangan abaikan mereka. Undi tidak selama lamanya milik kita. Hentikan berpolitik. Jangan sampai rakyat lapar dan mereka mula bertindak. Ini bukan wayang, anda boleh pergi ke page atau group Facebook anak anak Felda dan lihat reaksi mereka.” Lebih jauh lagi, kata Mohd Nasaie Ismail: “Anak turut dimaklumkan oleh Setiausaha MPNF bahawa surat dan pemakluman sudah dihantar kepada menteri yang berkenaan Felda untuk bertemu namun sudah lebih dua minggu tiada jawapan diberikan.” (Rujuk di sini: https://malaysiadateline.com/gaji-lewat-2-minggu-felda-rayu-kepada-kerajaan-baharu/) Semua ini membuatkan kita tertanya-tanya mengapa ini boleh berlaku sedangkan Manifesto Pakatan Harapan menjanjikan pembelaan terhadap warga FELDA, ditambah pula yang menyuarakan segala perkara ini adalah pemimpin dan aktivis AMANAH sendiri yang ada wakil dalam Kerajaan Pakatan Harapan dan Majlis Presiden Pakatan Harapan. Takkanlah wakil-wakil AMANAH dalam Kerajaan Pakatan Harapan dan Majlis Presiden Pakatan Harapan tidak mampu untuk menyuarakan segala perkara ini di dalam mesyuarat? Dan mengenai penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja ini, kalau mengikut Manifesto Pakatan Harapan, sepatutnya ada empat suruhanjaya begini untuk menyiasat “secara terperinci dan berasingan” 1MDB, FELDA, MARA dan Tabung Haji dalam 100 hari pertama pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan. (Ini juga ada disebut dalam “Janji 13: Menyelesaikan skandal 1MDB, FELDA, MARA dan Tabung Haji” yang berbunyi: “Suruhanjaya siasatan akan ditubuhkan untuk menyiasat secara terperinci dan berasingan penyelewengan wang rakyat melalui 1MDB, FELDA, MARA dan Tabung Haji. Suruhanjaya ini juga akan ditugaskan untuk mencadangkan tindakan susulan yang sesuai, serta mekanisme terperinci untuk menyelesaikan skandal-skandal besar ini.”) Malangnya setakat ini janji ini belum terlaksana, walaupun siasatan ke atas 1MDB khususnya tetap dibuat tetapi bukan melalui penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja.


By azlinda2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s