KELDAI YANG DIBERIKAN AL-QURAN Apabila kita mendengar negara jiran Indonesia menghadapi musibah gempa bumi, kita merasa lega dengan keadaan negara ini yang berada di luar Lingkaran Api Pasifik. Kita terlalu percaya bahawa bencana gempa bumi atau letusan gunung berapi tidak mungkin akan berlaku di Malaysia. Apakah kalian begitu pasti dengan kenyataan-kenyataan dari pakar geology yang ada diantara mereka menafikan bahawa Semenanjung Malaysia berpotensi untuk dilanda gempa bumi atau letusan gunung berapi berdasarkan ilmu manusia yang terhad itu? Sesungguhnya Allah berkuasa secara mutlak untuk melakukan apa sahaja tanpa menurut Sunnatullah kerana itulah Allah tegaskan kepada kalian tentang kalimah “Kun Faya Kun”. SEDARKAH TENTANG REALITI INI? Sebelum tahun 2007, kita tidak pernah melihat “belalai air”, kita tak pernah mengalami gempa bumi walaupun sedikit gegaran, kita juga tidak pernah melihat awan yang tebal bergulung-gulung di langit seperti yang berlaku di Kota Baharu baru-baru ini tetapi situasi sebaik itu sudah berubah. Belalai air sudah kerap dilihat, tanah Semenanjung pada hakikatnya telah menerima banyak gegaran kecil semenjak tahun 2007 tidak termasuk gempa bumi berukuran 6.0 pada Skala Richter yang mematahkan Donkey’s Ears Peak, di Gng. Kinabalu pada pagi Jumaat, 5hb Jun, 2015. Namun demikian umat Islam tetap tidak mahu berubah walaupun Allah telah memberi kiasan yang sangat jelas iaitu dengan mematahkan puncak Donkey’s Ears sebagai petunjukNya. Apakah terjemahan Donkey’s Ears? Adakah majoriti umat Islam di Nusantara ini benar-benar telah menjadi keldai yang diberikan Al-Quran tetapi sangat keras hati untuk menjadikannya Perlembagaan? GEMPA BUMI RANAU PAGI JUMAAT LIHAT SURAH AL-JUMU’AH Surah Al-Jumua, Verse 5: مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًا بِئْسَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti KELDAI yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang ZALIM. Rujuk link untuk info lanjut. https://pakdin.my/gempa-bumi-sabah-donkey-ears-peak-di-gunung-kinabalu-patah/ SENARAI GEMPA KECIL DI SEMENANJUNG [Catatan Wikipedia] Sejak 2007, Malaysia mengalami 40 gempa bumi lemah. 1) 37 berlaku di Bentong, Pahang 2) 3 di Manjung, Perak 3) 3 di Jerantut, Pahang 4) Dari November 2007 – 2009 berlaku 29 gegaran gempa bumi di Bentong. Kadarnya antara 1.1 hingga 2.8 skala Richter. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Gempa_bumi_di_Malaysia KENYATAAN DARI PAKAR GEOSTRATEGY Copy and paste artikel; [Pahang Perlu Bersedia Dan Berjaga Potensi Gempa Bumi. Selepas Sabah, Pahang berpotensi berdepan gempa bumi. Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Madya Dr. Azmi Hassan berkata , selain Ranau dan Lahad Datu, sesar aktif turut dikesan di Semenanjung iaitu terutama di Bukit Tinggi, Janda Baik dan Jerantut, ketiga-tiganya berada di Pahang. Mungkin terdapat sesar-sesar aktif di kawasan lain yang belum dapat dikesan. Pahang perlu bersedia dan berjaga potensi gempa bumi. Kawasan Bukit Tinggi dan Janda Baik adalah kawasan resort, peranginan dan pelancongan Pahang dekat dengan Genting Highlands. Di Jerantut pula Gunung Tahan dan Lembah Tembeling merupakan juga satu kawasan tarikan utama pelancong. Ramai pendaki gunung seluruh dunia suka mendaki puncak Gunung Tahan. Jika gempa bumi berlaku seperti di Ranau dan tertejas teruk Gunung Kinabalu, keadaan yang sama pasti berlaku di Gunung Tahan]. [http://wzwh.blogspot.com/2015/06/pahang-perlu-bersedia-dan-berjaga.html?m=1] #fikirzikirmujahadah Surah Maryam, ayat 90-91; (90) Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap, (91) Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak. LIHAT POSTER YANG DIPEGANGNYA !!! #pecahnyabentengfatihah


By azlinda2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s