*Apabila kita lihat sejarah dunia, kita pasti tahu bahawa Nabi Luth AS adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim AS, berketurunan daripada susur galur Nabi Nuh AS. Ketiga-tiganya rasul yang hebat*. Saya pernah baca dan bersembang dengan mormon (penyebar agama) Kristian tentang Bible berkaitan 2 daerah dosa iaitu Sodom dan Gomorrah, yang dikaitkan dengan kedosaan dan kejahatan dalam kepercayaan masyarakat Kristian. Tertulis Tuhan menyatakan untuk memusnahkan Sodom kerana di situ tinggalnya masyarakat yang sangat mengagungkan orang kaya dan menindas orang miskin diperlakukan seperti haiwan, mereka semua mengamalkan hubungan sek$ual secara songsang iaitu lelaki bernafsu kepada lelaki dan perempuan bernafsu kepada perempuan. Namun Abraham (Nabi Ibrahim AS) meminta agar Tuhan tidak memusnahkannya, selagimana ada orang beriman walaupun seorang, dan seorang itu adalah Loth (Nabi Luth AS). Kisah permintaan Abraham, dan Loth di kawasan bernama Sodom itu adalah selaras dan bertepatan dengan sirah rasul, iaitu Allah SWT memerintahkan Nabi Luth AS untuk tinggal dan berdakwah di Sodom setelah Nabi Ibrahim meminta tidak memusnahkan kaum Sodom. Apa yang saya akan tuliskan adalah apa yang saya sembangkan dengan mormon ini, yang saya fikirkan sama dengan sirah Islam yang saya pernah tahu…. Nabi Luth mempunyai isteri bernama Wali’ah dan dua orang anak perempuan bernama Raisa dan Zagrata. Dalam Bible Book of Luke 17:32, isteri Nabi Luth ini tidak disebutkan nama. Kerana saya tak tahu kesahihan nama Wali’ah, saya bercerita guna perkataan ‘Isteri’ merujuk kepada isteri Nabi Luth ye. Penting untuk kita tahu, Nabi Luth bukan g@y dan Isteri bukan le$bi@n. Walaupun nampak macam tak penting pun untuk saya tulis Nabi Luth bukan g@y dan Isteri bukan le$bi@n ini, sebenarnya sangat penting untuk kita faham akibat yang berlaku kepada Isteri. Jeng jeng jeng… Dipendekkan cerita, pada suatu malam ketika kaum Sodom sedang tidur pintu rumah Nabi Luth diketuk dan mengejutkan, dua pemuda tampan berdiri di pintu rumah Nabi Luth. Nabi Luth bawa mereka masuk ke dalam rumah, mereka memaklumkan mereka baru melalui kota Sodom ini. Nabi Luth risau, jika masyarakat lelaki Sodom melihat dua pemuda tampan ini, sudah pasti dua pemuda tampan ini akan menjadi mangsa hubungan songsang secara paksa oleh para lelaki di Sodom. Nabi Luth perlu menjaga keselamatan mereka, dan mereka semua termasuk Isteri beserta 2 anak perempuan Nabi Luth bersetuju untuk merahsiakan perkara ini. Isteri betul-betul berjanji untuk merahsiakan… Namun, Isteri bukanlah seorang yang benar dan walaupun bukan le$bi@an, Isteri bersikap materialistik keduniaan dan pro-le$bi@n. Isteri memecahkan rahsia, memberitahu masyarakat lelaki Sodom bahawa terdapat 2 pemuda tampan di rumah mereka. Masyarakat lelaki Sodom sangat gembira dan memberikan emas, perak dan harta kepada Isteri. Masyarakat Sodom mengepung rumah Nabi Luth AS, ketika itu Nabi Luth dan dua pemuda tampan berada dalam rumah. Nabi Luth mati akal, tak tahu bagaimana nak menyelamatkan keadaan, dan meminta maaf daripada dua pemuda tampan ini. Lalu pemuda tampan ini menjawab, “Sebenarnya kami berdua adalah malaikat yang Tuhan turunkan untuk menimpakan azab kepada kaum Sodom yang melampaui batas. Bukakanlah pintu rumah kamu ini biar mereka masuk, dan kemudian larilah kamu, wahai Luth, bersama isteri dan anak-anakmu ke luar kota. Larilah dan jangan sesekali toleh ke belakang melihat ke arah kaummu, redhakanlah apa jua azab yang Tuhan telah tetapkan buat mereka yang melampaui batas. Apabila kalian sudah melangkah ke luar kota, akan kami timpakan bencana ke atas kaum Sodom ini… ” Nabi Luth akur. Belum sempat Nabi Luth membuka pintu rumah, pintu rumah telah dirobohkan oleh masyarakat lelaki Sodom yang teruja penuh nafsu. Serta-merta mata mereka semua menjadi BUTA, maka kacau-bilaulah seluruh suasana, sebab mereka terkejut kenapa mereka tiba-tiba tidak dapat melihat walau apa pun, dunia mereka jadi gelap. Ketika ini Nabi Luth melarikan diri bersama isteri dan anak-anak. Nabi Luth dan 2 anak berlari laju di depan manakala Isteri berlari lebih perlahan kerana asyik menoleh ke belakang nak melihat apa yang berlaku. Bagi Isteri, dia tidak percaya Tuhan akan menimpakan bala dan bencana kepada kaum Sodom ini, menyebabkannya sering menoleh dan menjadikan lariannya lambat berbanding Nabi Luth dan anak-anak. Sebaik sahaja Nabi Luth dan anak-anak melangkah ke luar kota, lebih kurang waktu Fajar atau pagi, bumi Sodom mulai bergoncang dan bergegar bergelora seperti ombak laut, angin bertiup kencang dari segenap sudut, ribut petir dan hujan lebat, batu-bata berterbangan, bangunan-bangunan runtuh dan bumi seolah diterbalikkan, menghilangkan keseluruhan manusia dan kota Sodom. Termasuklah Isteri. Dalam Bible Book of Genesis 19:26, Isteri ini diceritakan menjadi pillar of salt (seakan tugu garam) berbentuk manusia yang sedang menoleh… Dalam pengajian sirah Islam yang saya pernah dengar, Isteri turut sama ‘dimakan bumi yang terbalik’ kerana lariannya yang perlahan asyik menoleh tadi, dia masih berada dalam kota Sodom ketika bala berlaku…. Allahu a’lam. Kisah Nabi Luth ini ada banyak versi berbeza, tetapi semuanya bercerita kisah 2 pemuda tampan dan isteri yang durjana. “Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri Kaum Luth itu yang atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan (batu belerang) tanah yang terbakar secara bertubi-tubi.” [Surat Hud Ayat 82]. Kisahnya tamat di situ, buminya ‘hilang’ dan tempatnya tidak dapat dikenalpasti, sehinggalah pada sekitar 2005, kota Sodom dikenalpasti pernah wujud di perantaraan Palestin-Jordan. Allahu a’lam. Ada banyak pengajaran tetapi saya ingin kemukakan 3, supaya kita sama-sama dapat fikirkan…. 1) Kisah ini adalah kisah benar, dan salah satu buktinya adalah daripada segi bahasa: dalam Bahasa Melayu, perkataan “sodomi” bermaksud hubungan melalui dubur/punggung, antara lelaki dan lelaki (Rujukan PRPM DBP). Perkataan seertinya adalah liwat. Dalam Bahasa Inggeris, “sodomy” didefinisikan sebagai hubungan sek$ antara manusia dan binatang melalui dubur yang tidak konsisten secara semulajadi dan tidak dibenarkan undang-undang. Cuba fikirkan perkataan sodomi/sodomy ini pasti berasal daripada nama kota Sodom dan kalaulah kota Sodom ini tidak wujud, masakan boleh wujud dua perkataan ini. Saya sebut ini di sini kerana ada masyarakat kita yang menyatakan kisah ini adalah dongeng dan tidak benar. 2) Isteri Nabi Luth, wanita bernama Wali’ah itu tidak mempraktikkan budaya le$bi@n tetapi tidak membantah bahkan membiarkan, mempermudahkan budaya itu berterusan, dia juga ditimpa azab yang pedih…. Cuba fikirkan, kaitannya dengan kita, jika kita menyokong atau membiarkan gejala ini berterusan, kita juga tergolong seperti Wali’ah/Isteri… 3) Kejadian masyarakat Sodom yang tiba-tiba menjadi buta serta-merta apabila melangkah masuk ke rumah Nabi Luth AS boleh diambil pengajarannya, sepertimana golongan tertentu yang menyokong tindakan 1g8+ ini ‘dibutakan mata’ daripada melihat kebenaran… Kisah 2 pemuda dan kehancuran ini berlaku dalam masa SATU MALAM SAHAJA. Dalam agama Kristian dan Islam, kedua-duanya menolak kepelikan hubungan sek$ual sejenis ini. Maka kita sepatutnya faham bahawa kita tak boleh membenarkan orang yang hanyut dengan kehidupan sebegini terus hidup sebegini – mereka perlu dinasihatkan, diajak dan dipastikan bertaubat, berubah dan menjalani kehidupan sebagai lelaki normal dan wanita normal. HAK mereka adalah untuk dikembalikan menjadi lelaki normal atau perempuan normal. Bukan suruh pergi marah, pukul, tengking, pulaukan atau tindakan negatif, jahat, zalim, kejam, tetapi berharap supaya kita berusaha mengembalikan mereka ke pangkal jalan, dengan kapasiti kita masing-masing. Jika mampu jumpa dan beri nasihat, silakanlah….. Terpulanglah secara lembut atau tegas, kedua-duanya perlu dan berhikmah. Paling penting, kita tak boleh sesekali redha…. Boleh #SHARE. Diizinkan 100%. Boleh rujuk Surah Syuara, Al Ankabut, Hijr dan Hud, bercerita tentang kisah kaum Nabi Luth. Nota: Akaun saya telah beberapa kali di-suspended kerana menyampaikan perkongsian berkaitan topik 1g8+ ini. Jadi saya risau jika hal sebegini akan berlaku lagi disebabkan tulisan ini. Tolong doakan agar tidak di-suspend ye. Terima kasih. Dr SSyahr Musafircc Pn RRahimah Ab.RahmanAR 07/08/2018 #JihadDrSyahr


By azlinda2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s