Kapal dah dirampas tapi pemilik belum dikenalpasti .. tak pa ‘Tabung Harapan’ kan ada .. KERAJAAN AKAN TANGGUNG 27JUTA KOS SELENGGARA KAPAL MEWAH EQUINIMITY TEMPOH hingga sembilan bulan diperlukan mahkamah bagi mengenal pasti hak pemilikan sebenar kapal mewah ‘The Equanimity’ yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). “Kos penyelenggaraan kapal itu dianggarkan berjumlah RM3 juta sebulan. Ketika ini, ia akan ditanggung oleh kerajaan, Malaysia” kata peguam 1MDB Jeremy Joseph. Beliau berkata demikian ketika ditemui di Boustead Cruise Centre di Pelabuhan Klang, petang tadi. Terdahulu, kapal mewah itu selamat berlabuh di jeti berkenaan jam 1 tengah hari tadi, selepas berlayar hampir 20 jam dari Batam, Indonesia. Kawasan jeti itu dikawal ketat kira-kira 50 pegawai dan anggota PPM Selangor. Kapal mewah itu dipercayai akan diletakkan sementara di jeti berkenaan sehingga arahan lanjut dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara. TUN M AKAN MELAWAT DAN MENINJAU KAPAL MEWAH BERKENAAN Difahamkan, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menaiki dan melawat kapal berkenaan dalam masa terdekat walaupun perkara itu tidak pernah dibuat mana-mana PM ke atas mana-mana barang rampasan yang dibuat pihak berkuasa Malaysia sebelum ini. Difahamkan antara sebab Kerajaan Indonesia menyerahkan kapal itu kepada kerajaan Malaysia juga adalah kerana kos selenggara yang begitu mahal. Pada Februari lalu, kapal itu dirampas dan disita pihak berkuasa Indonesia atas permintaan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat bagi membantu siasatan berhubung skandal penyelewengan 1MDB. Mahkamah Indonesia bagaimanapun memutuskan tindakan menyita adalah salah dan harus diserahkan pada pemiliknya. 1MDB menjadi tumpuan kepada siasatan pengubahan wang haram di sekurang-kurangnya enam negara termasuk Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura. Tetapi di dalam siasatan ini mereka mengesahkan Najib Razak tidak ada kena mengena dalam siasatan 1MDB. DS Najib Razak telah berkali-kali mengaku tidak terlibat tetapi Tun Mahathir tetap mengarahkan SPRM dan PDRM menahan beliau. Tindakan Tun M ini difahamkan kerana ingin memalukan DS Najib seperti mana yang telah beliau lakukan kepada DS Anwar pada tahun 1998 dahulu. Pada kempen PRU14 yang lalu, Pakatan Harapan yakin akan menangkap Jho Low setelah sehari memegang Putrajaya. Tetapi lokasi Jho Low sehingga sekarang tidak dapat dikenal pasti oleh Kerajaan PH. Akhbar tempatan telah melaporkan bahawa pihak Kerajaan yakin Jho Low telah melakukan “plastic surgery” dan sekarang rupanya menjadi seperti Tom Cruise sehingga agak sukar untuk dikesan.


By azlinda2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s