*PENJELASAN BERKENAAN ISU NASI KERABU RENDANG PORK* Pihak kami mula menerima pertanyaan berkenaan isu Nasi Kerabu Rendang Pork yang dijual di Restoran Ante, One Utama dan di Solaris, Duta Mas Kuala Lumpur. Untuk makluman pengguna, premis tersebut bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan menjual menu makanan yang *TIDAK HALAL*. Justeru, pengguna Islam khususnya disarankan agar berhati-hati dalam memilih premis makanan yang ingin dikunjungi dengan mengutamakan premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut garis panduan, standard halal, peraturan serta perundangan berkaitan yang telah ditetapkan. Untuk mengetahui premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar SmartHalal dan Verify Halal. Bagi mengetahui penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di:- https://m.facebook.com/HabHalalJakim/ http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular Harap maklum dan terima kasih. Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pr_halal.islam@1govuc.gov.my 03-8892 5000/1 24 Zulkaedah 1439 H 06 Ogos 2018 M #YAKINIHALALMALAYSIA #AMALKAN_3_S #SEMAK_SEBELUM_SEBAR


By azlinda2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s