Umat Islam kena bersatu. Jika kita berpecah, kita tak ke mana walau 65% rakyat negara ini orang Islam. Pilihanraya PBT yg akan bermula dengan Kuala Lumpur akan bakal menyaksikan bilangan pemilih diibukota, ibu negara Malaysia yg bilangan bukan Islam lebih ramai memilih sendiri siapa mereka mahu untuk uruskan Kuala Lumpur. Isu penyusunan semula masyarakat antara tumpuan utama Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan 1970 yg mengenalpasti punca ketegangan kaum yang mencetuskan Peristiwa 13 May 1969 adalah ketidakseimbangan antara kaum yang wujud dalam pelbagai faktor misalnya pegangan ekonomi, kependudukan bandar dan luar bandar. Ia masih gagal hari ini dan telah diganti dengan pelbagai dasar affirmatif lain setelah itu. Kerajaan PH dilihat agak berat mulut untuk memperjuangkan dasar affirmatif yg membantu memperbaiki kedudukan orang melayu, Islam sebaliknya bersikap longgar dalam isu teras seperti bahasa, dasar pendidikan, kedudukan agama, kuota bumiputera. Bandaraya bandaraya utama di negara ini didiami majoritinya bukan melayu. Ia menjadi kubu kuat parti seperti DAP yg semua sudah maklum sikapnya terhadap kedudukan Islam dan Melayu. Pilihanraya umum ke 14 yg lalu menyaksikan antara lain kedudukan susunan Ahli Majlis Bandaraya seperti di Taiping, Perak sepenuhnya dikuasai bukan Islam. Pilihanraya PBT bermula di Kuala Lumpur bakal melahirkan Datuk Bandar bukan Melayu, ahli Majlis Bandaraya seperti di Taiping. Kuala Lumpur adalah Ibu Negara Malaysia yang selama ini menjadi dasar kerajaan menumpukan segala urusan pentadbiran dan pengurusan pelbagai sektor di Kuala Lumpur. Petroleum yg dikeluarkan hasilnya dari perut bumi Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak, kesemuanya negeri negeri Melayu dan bumiputera yang pada kedudukan negeri termiskin dalam Malaysia, akan tetapi Kerajaan yang tetapkan dasar, soal pentadbiran dan pengurusannya di Kuala Lumpur. Ibupejabat PETRONAS di Kuala Lumpur. Tender, Persidangan, Perundingan Pelaburan, Exhibition yang utama. Maka semua entiti berkaitan Industri Petroleum , rangkaian pembekal peralatan, bahan, perkhidmatan, juruperunding, semua buka ibupejabat sekitar Kuala Lumpur, mendaftar syarikat disana dan membayar cukai korporat, cukai pendapatan individu jutawan jutawan taikun industri petroleum, semua dibayar ke akaun hasil di Kuala Lumpur. Ianya dasar kerajaan. Maka itulah bilangan jutaan rakyat berhijrah dari Terengganu dan Kelantan, Sabah, Sarawak mencari kerja di Kuala Lumpur sehingga semua orang merungut masalah kesesakan di Kuala Lumpur. Atas faktor kesesakan dari dasar kerajaan inilah pula, kerajaan memutuskan pelaburan beratus billion ringgit Malaysia lagi dalam pelbagai projek mega di Kuala Lumpur dan sekitarnya untuk menangani masalah sistem pengangkutan, MRT, LRT dan pelbagai lagi. Beratus Billion nilai projek wang rakyat ditumpukan di Kuala Lumpur! Kaya raya towkey towkey di Kuala Lumpur. Punca. Dasar Kerajaan pusatkan di Kuala Lumpur. Begitu juga pentadbiran hasil pertanian. Getah, Sawit… Pilihanraya PBT adalah ketidak adilan kepada rakyat luar bandar yg mengizinkan sumber asli bumi mereka diurustadbir diibu kota sehingga mengkayakan orang bandar sahaja dengan jurang peruntukan pembangunan yang terlalu melampau jauh beza di negeri penyumbang. Haji Ahmad Amzad Hashim Kuala Terengganu


Umat Islam kena bersatu. Jika kita berpecah, kita tak ke mana walau 65% rakyat negara ini orang Islam.

Pilihanraya PBT yg akan bermula dengan Kuala Lumpur akan bakal menyaksikan bilangan pemilih diibukota, ibu negara Malaysia yg bilangan bukan Islam lebih ramai memilih sendiri siapa mereka mahu untuk uruskan Kuala Lumpur.

Isu penyusunan semula masyarakat antara tumpuan utama Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan 1970 yg mengenalpasti punca ketegangan kaum yang mencetuskan Peristiwa 13 May 1969 adalah ketidakseimbangan antara kaum yang wujud dalam pelbagai faktor misalnya pegangan ekonomi, kependudukan bandar dan luar bandar.

Ia masih gagal hari ini dan telah diganti dengan pelbagai dasar affirmatif lain setelah itu.

Kerajaan PH dilihat agak berat mulut untuk memperjuangkan dasar affirmatif yg membantu memperbaiki kedudukan orang melayu, Islam sebaliknya bersikap longgar dalam isu teras seperti bahasa, dasar pendidikan, kedudukan agama, kuota bumiputera.

Bandaraya bandaraya utama di negara ini didiami majoritinya bukan melayu. Ia menjadi kubu kuat parti seperti DAP yg semua sudah maklum sikapnya terhadap kedudukan Islam dan Melayu.

Pilihanraya umum ke 14 yg lalu menyaksikan antara lain kedudukan susunan Ahli Majlis Bandaraya seperti di Taiping, Perak sepenuhnya dikuasai bukan Islam.

Pilihanraya PBT bermula di Kuala Lumpur bakal melahirkan Datuk Bandar bukan Melayu, ahli Majlis Bandaraya seperti di Taiping.

Kuala Lumpur adalah Ibu Negara Malaysia yang selama ini menjadi dasar kerajaan menumpukan segala urusan pentadbiran dan pengurusan pelbagai sektor di Kuala Lumpur.

Petroleum yg dikeluarkan hasilnya dari perut bumi Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak, kesemuanya negeri negeri Melayu dan bumiputera yang pada kedudukan negeri termiskin dalam Malaysia, akan tetapi Kerajaan yang tetapkan dasar, soal pentadbiran dan pengurusannya di Kuala Lumpur.

Ibupejabat PETRONAS di Kuala Lumpur. Tender, Persidangan, Perundingan Pelaburan, Exhibition yang utama. Maka semua entiti berkaitan Industri Petroleum , rangkaian pembekal peralatan, bahan, perkhidmatan, juruperunding, semua buka ibupejabat sekitar Kuala Lumpur, mendaftar syarikat disana dan membayar cukai korporat, cukai pendapatan individu jutawan jutawan taikun industri petroleum, semua dibayar ke akaun hasil di Kuala Lumpur.

Ianya dasar kerajaan. Maka itulah bilangan jutaan rakyat berhijrah dari Terengganu dan Kelantan, Sabah, Sarawak mencari kerja di Kuala Lumpur sehingga semua orang merungut masalah kesesakan di Kuala Lumpur.

Atas faktor kesesakan dari dasar kerajaan inilah pula, kerajaan memutuskan pelaburan beratus billion ringgit Malaysia lagi dalam pelbagai projek mega di Kuala Lumpur dan sekitarnya untuk menangani masalah sistem pengangkutan, MRT, LRT dan pelbagai lagi.

Beratus Billion nilai projek wang rakyat ditumpukan di Kuala Lumpur! Kaya raya towkey towkey di Kuala Lumpur.

Punca. Dasar Kerajaan pusatkan di Kuala Lumpur.

Begitu juga pentadbiran hasil pertanian. Getah, Sawit…

Pilihanraya PBT adalah ketidak adilan kepada rakyat luar bandar yg mengizinkan sumber asli bumi mereka diurustadbir diibu kota sehingga mengkayakan orang bandar sahaja dengan jurang peruntukan pembangunan yang terlalu melampau jauh beza di negeri penyumbang.

Haji Ahmad Amzad Hashim
Kuala Terengganu

By azlinda2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s