MEMBINA SEBUAH MAHLIGAI INDAH DI SYURGA DUNIA. *ALHAMDULILLAH*, adalah sebuah kata2 PUJI yang indah bagi Allah Tuhan yg mengurniakan NIKMAT *hidup* kepada sekelian hamba2-Nya. Manusia yang mengecapi NIKMAT ada 2 jenis: – YG *SYUKUR* nikmat itu ialah yang *berbakti* dan *beribadah* dgn sungguh2 kpd Allah dgn menggunakan segala anugerah Allah iaitu *ANGGUTA JAWAREH dan NYAWAnya*, *Hartanya*, *Waktunya* dan *Susah Senangnya* utk Allah, Rasul-Nya serta Agama-Nya. Manusia ini *memandang* dgn MATA HATINYA bahawa dia _tak punya apa2_ kerana dia adalah *MILIK* Allah. Org yg dimiliki Allah adalah seorang *khadam* dan *hamba* yang tak memiliki apa2 hatta dirinya sendiri. Dia hanyalah seorang *Pelakon* di PENTAS DUNIA yang bersifat sementara utk *melakonkan* serta *menjalani* segala ARAHAN dan UJIAN yang Allah telah tetap dan *TAQDIRKAN* atas dirinya. REDHO dengan setiap anugerah Allah kerana di situ terdapat KEBAIKAN atas dirinya. Org Yang Merasai *dia tak punya apa2* lantaran hanyalah SEORANG KHADAM Allah pasti akan *tunduk* dan *pasrah* kepada setiap ARAHAN & PERINTAH Allah *TANPA* _sebarang penentangan atau bangkangan_. Dia akan menyerahkan seluruh _DIRINYA, NYAWANYA,HARTANYA MASANYA_ dan apa sahaja yg ada pd dirinya kpd kehendak2 Allah kerana kesemua itu MILIK & HAK Allah swt. *RASA KEHAMBAAN* akan menjadikannya lebih bersifat *QANA’AH* dan cukup dgn pemberian Allah, malah *pemberian* itulah yang digunakan untuk *memperhambakan* dirinya kpd Allah tanda ia seorang *HAMBA YANG KHALIS*. Dia berusaha membuang segala *RASA ANGKUH & BONGKAK* dlm dirinya dgn hartanya (ujiannya), kesenangan waktu yg di milikinya utk menyerahkan segala2nya kpd Allah Penguasa Alam. Walaupun dia memiliki segala2nya namun kesemua itu bukan *HAKNYA* kerana *DIA SENDIRI MILIK* Allah; justeru dia *berkhidmat* sebagai *KHADAM ALLAH*, dan bukan sebagai *TUAN* kpd sesama *hamba* Allah, yang *TAK LAYAK* langsung menerima pangkat itu. 2. YG *KUFUR* kepada Allah ialah yang MERASAI *dirinya* adalah MILIKNYA, dan segala HARTA adalah hasil usaha pencariannya dan haknya, begitu juga *WAKTU SENANGNYA* yang kesemuanya pd pandangan HAWA NAFSUNYA adalah *MILIKNYA* dan dia berhak menikmati sepuas2nya kehidupan di dunia ini. Dan mereka ini TIDAK SANGGUP *berkongsi* waktu senang itu utk Allah dan Rasul-Nya serta utk kepentingan manusia lain. Biarlah dia sendiri yg menikmatinya dengan DUNIA KEHIDUPANNYA sendiri sepuas2nya, walaupun dia TAHU satu hari nanti dia juga akan MATI. Justeru, terbit sikap sombong, angkuh dan bongkak kerana sifat2 keji itu telah *menjalari* ke seluruh jiwa raganya tanpa sekatan dan halangan. Akhirnya timbullah *SIFAT2 KEAKUAN* pada dirinya kerana memandang segala *IKHTIAR USAHANYA* _menghasilkan sesuatu_ seolah2 dialah yg mendapatkan segala nikmat2 dunia; dan dia sudah terlupa bahawa ASALNYA DULU DIA TAK WUJUD PUN DI DUNIA INI. HAYYA! Dimana harus kita *memposisikan* diri kita dihadapan Allah, samaada menjadi manusia yg *SYUKUR* atau *KUFUR*! Firman Allah, لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ “Sesungguhnya jika kamu *BERSYUKUR*, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu *MENGINGKARI* (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”. (Ibrahim:7) *JGN, JGN, JGN KUFUR* dengan kesombongan, dengan kebongkakan, dengan ria, dgn kekayaan, dgn masa, dgn sesuatu yang boleh membinasakan kehidupan yang singkat ini. Gunakan segala anugerah Allah, pemberian Allah, nikmat Allah, waktu yang Allah berikan kpd kita kerana sebagai HAMBA, memperhambakan diri kpd Allah itu adalah yang PALING UTAMA. Maka menghiaskan diri dengan SYAHADATAIN adalah sangat dituntut kerana apabila ia berjaya meletakkan TAUHID itu dlm hidupnya, maka segala tindakan dan perbuatannya HANYALAH semata2 utk Allah dan Rasul-Nya. Dan JGN tunggu sampai Allah TARIK balik segala NIKMAT2NYA kerana baru kita sibuk utk mendapatkannya semula. Hayatilah HIDUP ini dgn *mentaati* & *mensyukuri* segala KURNIAAN Allah, dan memberikan semula segala khidmat bakti kita kpd Allah dan Alam ini serta isi2nya. Semoga bermanfaat. Jazakallah khair. MA-J.


By azlinda2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s