Hadis Tentang Bekam


HADIS TENTANG BEKAM

310096_542169415847856_1574426704_n 556815_594838100580987_686160756_n 579032_594837970581000_1030744229_n 972365_600028030061994_742859533_n 995170_591821724215958_2093238537_n 999592_599099066821557_1922660905_n 1003842_600962746635189_1505445358_n 1170713_594837450581052_1679591751_n 1170715_600962616635202_453337889_n 1173885_600027853395345_1615181969_n 1174806_598126176918846_301593758_n 1175473_600962779968519_934600912_n 1175531_600962499968547_885421359_n 1175555_600962536635210_1887862298_n 1176358_596655583732572_525809133_n 1185220_600962569968540_2082576492_n 1185865_598126126918851_1575664129_n 1208772_600962799968517_1357858702_n 1229985_594837997247664_116286848_n 1231311_600962829968514_1027694748_n 1231546_600962453301885_1467285419_n 1236179_598126153585515_1365340122_n 1236389_600962663301864_268507188_n 1236737_600027356728728_1609831831_n 1240099_600962703301860_1352349777_n DSCF4993 DSCF4994 DSCF4995 DSCF4996 DSCF4997 DSCF4998 DSCF4999 DSCF5001 DSCF5002 DSCF5003 DSCF5004 DSCF5005 DSCF5006 DSCF5007 DSCF5008 DSCF5009 DSCF5010 DSCF5011 DSCF5013 DSCF5014 DSCF5017 DSCF5018 DSCF5019 DSCF5020 DSCF5021 DSCF5022 DSCF5023 DSCF5024

Terdapat banyak hadis mengenai bekam di antaranya ialah:

 

1. Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Kalian harus berbekam dan menggunakan al-qushtul bahri”

(Diriwayatkan oleh Imam bukhari, Muslim dan Ahmad)

 

2. Dari Ibnu ‘Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Sesungguhnya sebaik-baik sarana yang kalian gunakan untuk berubat adalah bekam, al-kist dan syuniz”

(lihat Kasyful Astaar ‘an Zawaaa-idil Bazaar)

 

3. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan.”

(Lihat Mukhtashar Muslim, Shahiihul Jaami’ dan Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah)

 

4. Dari Ibnu ‘Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Jika ada suatu kesembuhan pada perubatan kalian maka pengubatan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau dengan meminum madu”

(Lihat Kasyful Astaar ‘an Zawaa-idil Bazzar)

 

5. Dari ‘Uqbah bin ‘Amir, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Ada tiga hal yang jika pada sesuatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau meminum madu atau dengan membakar di tempat yang sakit. Dan aku membenci pembakaran”

(Riwayat Imam Ahmad)

 

6. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Kalender Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala penyakit”

(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud)

 

7. Dari Abu Kabsyah al-‘Anmari r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berbekam di bahagian tengah kepalanya dan di antara kedua bahunya. Dan Baginda bersabda:

“Barangsiapa mengalirkan darah ini, maka tidak ada mudharat baginya untuk mengubati sesuatu dengan sesuatu”

(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud dan Jaami’ul Ushuul)

 

8. Diriwayatkan oleh Ibnu Sunni dan Abu Nu’aim, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

“Kalian harus berbekam di jauzatil qamahduwah (puncak kepala), kerana sesungguhnya ia dapat menyembuhkan 70 penyakit”

 

9. Dari Anas bin Malik r.a., dia bercerita:

“Rasulullah s.a.w. biasa berbekam di bahagian urat merih (jugular vein) dan pada bahagian belakang. Baginda biasa berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21”.

(Riwayat at-Tirmizi)

 

10. Dari Ibnu ‘Umar r.a., Rasullah s.a.w. bersabda:

“Berbekam dalam keadaan perut kosong adalah yang paling baik, di mana ia akan menambah ketajaman menghafal. Ia akan menjadikan seseorang penghafal lebih mudah menghafal. Oleh kerana itu, sesiapa yang hendak berbekam, maka sebaiknya dia melakukannya pada hari Khamis dengan menyebut nama Allah. Hindarilah berbekam pada hari Jumaat dan Sabtu serta Ahad. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa. Hindarilah berbekam pada hari Rabu kerana hari tersebut merupakan hari di mana Nabi Ayyub tertimpa malapetaka. Tidaklah timbul penyakit kusta dan lepra kecuali pada hari Rabu atau malam hari Rabu”

(Lihat Shahih Sunan Ibni Majah)

 

11. Dari Anas r.a., dia bercerita: “Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Jika terjadi panas memuncak, maka neutralkannya dengan berbekam sehingga tidak berlaku darah tinggi pada seseorang dari kalian yang akan membunuhnya”

(Diriwayatkan oleh al-Hakim).

 

12. Dari Ibnu ‘Abbas r.a., dia bercerita: “Nabi Allah s.a.w. bersabda:

“Sebaik-baik hamba adalah tukang bekam, mengeluarkan darah dan meringankan tulang rusuk serta memperjelaskan pandangan.”

(Sunan Ibnu Majah)

 

Appointment bekam boleh sms nama dan alamat ke 017-2378001 Jehan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s