Permohonan kemasukan ke Pondok Moden Al Abaqirah Mawip sesi 2017


​*PERMOHONAN KEMASUKAN KE PONDOK MODEN AL ‘ABAQIRAH MAIWP SESI 2017*


Assalammualaikum, Alhamdulillah.. Tahniah diucapkan buat adik-adik yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam PT3.
Ayuh sertai Pondok Moden Al ‘Abaqirah dibawah seliaan SS Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.
Bagi yang berminat menyambung pelajaran di Pondok Moden ‘Abaqirah. Boleh mengisi borang secara manual dan juga secara atas talian, sehingga 27 Disember 2016, 11.59PM.
Pastikan borang manual sampai di Abaqirah sebelum 28 Disember 2016. Permohonan yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga. 
*SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN KE TAHUN 1 (TINGKATAN 4)*
1. Pelajar *Lelaki berwarganegara *Malaysia*

2. Ibu dan bapa warganegara *Malaysia*

3. Pemohon berumur *16 tahun pada tahun 2017,* keutamaan kepada yang *bermastautin di Wilayah Persekutuan* tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan

4. Mendapat *sekurang-kurangnya 7A dalam PT3 (mestilah mendapat Gred A dalam Pendidikan Islam dan Bahasa Arab)* atau

Telah menghafaz *15 juzuk  Al-Quran dan diiktiraf dengan sijil yang sah*

5.Lulus Ujian Temuduga *Syafawi (lisan) dan Tahriri (bertulis)*

6. Berminat dalam pengajian *Kitab Turath ‘Arabi dan Turath Jawi (KURIKULUM PMA)*

7. Memiliki akhlak dan *keperibadian yang baik*

 Aktif dalam aktiviti *Ko-kurikulum*
*CARA MEMOHON*

1. Sila muat turun *Borang Permohonan* di http://www.alabaqirah-maiwp.edu.my/my/info/171-pengambilan-pelajar-2017.

2. Sila isi Borang Kemasukan *secara atas talian* di pada link diatas.

3. Borang Permohonan boleh *dihantar selepas Keputusan PT3 diumumkan bermula 19 Disember 2017*

4. *Tarikh tutup permohonan ialah pada 27 Disember 2016 11.59PM*

5. *Borang Permohonan* yang telah lengkap diisi beserta dokumen berkaitan *hendaklah disahkan (rujuk Senarai Semak)* dan

*Dihantar ke alamat berikut :*
*(U/P JAWATANKUASA PENGAMBILAN PELAJAR BARU 2017)

PONDOK MODEN AL-‘ABAQIRAH MAIWP,

D/A Kompleks Darul Kifayah

Lot 52566, Jalan 36/10, 

Taman Koperasi Polis Fasa 2

Batu Caves, 68100, KUALA LUMPUR*
Ayuh sertai ‘Abaqirah.

Sila _share_ dan Tularkan buat anak-anak/sahabat-sahabat/kawan-kawan dan semuanya.