Terbaek Sempena Cuti MERDEKA RAYA! PROJEK SUPER 7 jana RM3,000 setiap 7 hari~semua layak join! TERKINI DAN CARA PALING MUDAH ANDA DAPAT SIDE INCOME RM100-RM500 SEHARI! JOIN NOW FREE! http://bit.ly/jutawancash >HANYA PROMOSIKAN LINK SYKT PRODUK MINYAK KELAPA DARA-KOPI POWER SUAMI 18SX-LOSYEN TAHAN LAMA-DELIMA COLLAGEN AWET MUDA DAN SETIAP 1 LINK ANDA JANA 100% ! Jana Duit Raya 2013 RM25,000! BONUS TERUS MASUK AKAUN BANK ANDA DALAM 24 JAM! ! 100 KLIK ANDA DAPAT RM10,000 SEBULAN! MAKSIMA INCOME ANDA RM450,000! Join sekarang! Jana RM500 dalam 24 jam! KITA MERANCANG, ALLAH JUGA MERANCANG, SESUNGGUHNYA PERANCANGAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK. Please “SHARE” Sebanyaknya… ♥|LIKE|SHARE|COMMENT|♥ DAFTAR PERCUMA 100% DI SINI: http://bit.ly/cashlumayan http://bit.ly/cashlumayan >>klik daftar pastikan #id penaja anda JEHANRICH99 >>like info fb : https://www.facebook.com/biorich >>pastikan maklumat tepat kerana daftar hanya sekali shj seumur hidup >>VIP SEGERA KE DALAM SISTEM AUTO DOWNLINE / AUTO PLACEMENT YANG MENJANA PENDAPATAN DARI RM100 SEHARI KE RM1,000 HINGGA RM40,000 SECARA PASIF….SIAPA CEPAT DIA TERAWAL…BERTINDAK PANTAS SEBELUM TERLEWAT Untuk #pendaftaran secara terus keahlian dan Mobile Stokis hubungi Top Leader 1 Malaysia Speedrich99 : Abg Sani 019-3977875 KUALA LUMPUR, SELANGOR, PAHANG, Johor, Kedah, Pulau Pinang, Melaka & PERAK!!


Terbaek Sempena Cuti MERDEKA RAYA! PROJEK SUPER 7 jana RM3,000 setiap 7 hari~semua layak join! TERKINI DAN CARA PALING MUDAH ANDA DAPAT SIDE INCOME RM100-RM500 SEHARI!

 

JOIN NOW FREE! http://bit.ly/jutawancash 

 

>HANYA PROMOSIKAN LINK SYKT PRODUK MINYAK KELAPA DARA-KOPI POWER SUAMI 18SX-LOSYEN TAHAN LAMA-DELIMA COLLAGEN AWET MUDA DAN SETIAP 1 LINK ANDA JANA 100% ! Jana Duit Raya 2013 RM25,000! BONUS TERUS MASUK AKAUN BANK ANDA DALAM 24 JAM! ! 100 KLIK ANDA DAPAT RM10,000 SEBULAN! MAKSIMA INCOME ANDA RM450,000! Join sekarang! Jana RM500 dalam 24 jam! KITA MERANCANG, ALLAH JUGA MERANCANG, SESUNGGUHNYA PERANCANGAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK. Please “SHARE” Sebanyaknya…

 

♥|LIKE|SHARE|COMMENT|♥

 

DAFTAR PERCUMA 100% DI SINI:

 

http://bit.ly/cashlumayan

http://bit.ly/cashlumayan

 

>>klik daftar pastikan #id penaja anda JEHANRICH99

>>like info fb : https://www.facebook.com/biorich

>>pastikan maklumat tepat kerana daftar hanya sekali shj seumur hidup

>>VIP SEGERA KE DALAM SISTEM AUTO DOWNLINE / AUTO PLACEMENT YANG MENJANA PENDAPATAN DARI RM100 SEHARI KE RM1,000 HINGGA RM40,000 SECARA PASIF….SIAPA CEPAT DIA TERAWAL…BERTINDAK PANTAS SEBELUM TERLEWAT

Untuk #pendaftaran secara terus keahlian dan Mobile Stokis hubungi Top Leader 1 Malaysia Speedrich99 : Abg Sani 019-3977875  KUALA LUMPUR, SELANGOR, PAHANG, Johor, Kedah, Pulau Pinang, Melaka & PERAK!!

By azlinda2

15 Manfaat-manfaat berbekam Rawatan Thibbun Nabawi~RAWATAN CARA NABI SAW. MERANGSANG TAHAP KESIHATAN ANDA KE TAHAP OPTIMA. REDAKAN STRESS, MIGRAIN, STROKE LELAKI & WANITA. KURANGKAN MAKAN UBAT MODEN DAN TUKAR KE RAWATAN SUNNAH LEBIH SELAMAT, SEMULAJADI DAN MENDAPAT KEBERKATAN…INSHA ALLAH. :)‬ 1. Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang 2. Memperbaiki aliran pembuluh darah 3. Menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman pada otot 4. Bermanfaat bagi penderita asma, pneumonia dan angina pectoris 5. Bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman di bahagian kepala dan wajah, migrain dan sakit gigi 6. Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun 7. Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita 8. Ketika terkena sengal, sakit pinggang dan tulang 9. Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arterios clerosis (pengapuran pembuluh darah) 10. Ketika mengalami sakit bahu, dada dan punggung 11. Bermanfaat mengatasi kemalasan, kelesuan dan banyak tidur 12. Bermanfaat mengatasi luka-luka, bisul, jerawat dan gatal-gatal kulit 13. Bermanfaat mengatasi radang selaput jantung dan radang ginjal yang parah 14. Bermanfaat mengatasi keracunan 15. Bermanfaat mengatasi luka-luka bernanah. Anda disyorkan berbekam sebulan sekali mengikut sunnah Nabi Saw. Tak perlu tunggu badan anda sakit teruk baru nak berbekam. Amalan berbekam dapat menyihatkan badan anda kerana toksin darah kotor selalu dikeluarkan dari badan anda. Setiap yg sunnah pasti ada keberkatannya…Menurut Anas Bin Malik, telah bersabda Rasulullah S.A.W. “Pengubatan yang paling baik di antara kalian ialah al Hijaamah (Bekam Darah)”. :: ambil kesempatan berbekam untuk membersihkan sisa darah toksin, angin bisa dari badan anda :: Rahsia kesihatan optima~buang toksin dan racun dari tubuh anda!!! PAKEJ OVERHAUL LENGKAP 1 BADAN 22 POIN~Rawatan BEKAM POWER saya bermula seawal jam 10 pagi. Anda tak perlu bersusah payah hendak ke pusat rawatan saya. Biarlah saya datang kepada anda. Pakej rawatan saya KL & SELANGOR (jurubekam wanita juga disediakan) : a)Rm110 utk 22 cups b)Rm60 utk 10 cups Appointment bekam sms/whatsapp NAMA-ALAMAT-TARIKH-MASA BERBEKAM KE 017-237 8001 JEHAN facebook: http://bit.ly/bekamazzahra ♥jom LIKE & SHARE|♥ INSHA ALLAH BERMANFAAT PADA RAKAN2 ANDA :)


15 Manfaat-manfaat berbekam Rawatan Thibbun Nabawi~RAWATAN CARA NABI SAW. MERANGSANG TAHAP KESIHATAN ANDA KE TAHAP OPTIMA. REDAKAN STRESS, MIGRAIN, STROKE LELAKI & WANITA. KURANGKAN MAKAN UBAT MODEN DAN TUKAR KE RAWATAN SUNNAH LEBIH SELAMAT, SEMULAJADI DAN MENDAPAT KEBERKATAN…INSHA ALLAH. 🙂

  1. Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang
  2. Memperbaiki aliran pembuluh darah
  3. Menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman pada otot
  4. Bermanfaat bagi penderita asma, pneumonia dan angina pectoris
  5. Bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman di bahagian kepala dan wajah, migrain dan sakit gigi
  6. Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun
  7. Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita
  8. Ketika terkena sengal, sakit pinggang dan tulang
  9. Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arterios clerosis (pengapuran pembuluh darah)
  10. Ketika mengalami sakit bahu, dada dan punggung
  11. Bermanfaat mengatasi kemalasan, kelesuan dan banyak tidur
  12. Bermanfaat mengatasi luka-luka, bisul, jerawat dan gatal-gatal kulit
  13. Bermanfaat mengatasi radang selaput jantung dan radang ginjal yang parah
  14. Bermanfaat mengatasi keracunan
  15. Bermanfaat mengatasi luka-luka bernanah.

Anda disyorkan berbekam sebulan sekali mengikut sunnah Nabi Saw. Tak perlu tunggu badan anda sakit teruk baru nak berbekam. Amalan berbekam dapat menyihatkan badan anda kerana toksin darah kotor selalu dikeluarkan dari badan anda.

Setiap yg sunnah pasti ada keberkatannya…Menurut Anas Bin Malik, telah bersabda Rasulullah S.A.W. “Pengubatan yang paling baik di antara kalian ialah al Hijaamah (Bekam Darah)”.

:: ambil kesempatan berbekam untuk membersihkan sisa darah toksin, angin bisa dari badan anda :: Rahsia kesihatan optima~buang toksin dan racun dari tubuh anda!!! PAKEJ OVERHAUL LENGKAP 1 BADAN 22 POIN~Rawatan BEKAM POWER saya bermula seawal jam 10 pagi. Anda tak perlu bersusah payah hendak ke pusat rawatan saya. Biarlah saya datang kepada anda. Pakej rawatan saya KL & SELANGOR (jurubekam wanita juga disediakan) :

a)Rm110 utk 22 cups         b)Rm60 utk 10 cups

Appointment bekam sms/whatsapp NAMA-ALAMAT-TARIKH-MASA  BERBEKAM KE 017-237 8001 JEHAN   facebook: http://bit.ly/bekamazzahra  ♥jom LIKE & SHARE|♥ INSHA ALLAH BERMANFAAT PADA RAKAN2 ANDA 🙂

By azlinda2

Kisah seorang lelaki yang ingin memukul Rasulullah


Kisah seorang lelaki yang ingin memukul Rasulullah

http://www.selatanonline.net | 26 Oktober 2014.

Oleh Ibnu Al-Khams

Kisah ini berlaku pada Rasulullah S.A.W. sebelum baginda wafat.

Rasulullah S.A.W. telah jatuh sakit yang agak panjang masanya.

Hinggakan baginda tidak dapat berjemaah dengan para sahabat di masjid.

Maka pada suatu hari, Rasulullah S.A.W. meminta beberapa orang sahabat membawanya ke masjid.

Di dudukkan atas mimbar, lalu baginda meminta Bilal memanggil semua para sahabat datang ke
masjid.

Tidak lama kemudian, penuhlah masjid dengan para sahabat.

Semuanya rasa terubat rindu setelah agak lama tidak dapat melihat Rasulullah S.A.W.

Lalu Rasulullah S.A.W. mula berkata: “Wahai sahabat-sahabatku semua! Aku ingin tanya pada kamu semua…. apakah telah aku sampaikan kepada kamu semua, bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. itu adalah Tuhan yang layak di sembah?”

Semua sahabat menjawab dengan suara bersemangat, ” Benar! Engkau telah sampaikan kepada kami bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. adalah Tuhan yang layak disembah”.

Rasulullah S.A.W. berkata: “Persaksikanlah ya Allah! Sesungguhnya aku telah
sampaikan amanah ini kepada mereka”.

Kemudian baginda berkata lagi…….dan setiap apa yang baginda perkatakan, akan dibenarkan oleh semua para sahabat.

Akhirnya sampailah kepada satu topik yang menjadikan para sahabat agak sedih dan terharu….

Rasulullah S.A.W. berkata: “Sesungguhnya! Aku akan pergi bertemu Tuhan…….dan sebelum aku pergi, aku ingin selesaikan segala urusan dengan manusia.

Maka aku ingin bertanya kepada kamu semua…… siapakah di kalangan kamu yang aku ada hutang dengannya…..sila bangun…..aku ingin selesaikan hutang tersebut.

Kerana aku tidak mahu bertemu Tuhan dalam keadaan ada hutang dengan manusia”.

Ketika itu semua sahabat diam………….sedang dalam hati masing-masing berkata: “Mana ada Rasullullah S.A.W. berhutang dengan kami……….sebenarnya kamilah yang banyak berhutang dengan baginda”.

Rasulullah S.A.W. mengulangi pertanyaan itu sebanyak 3 kali.

Tiba-tiba bangun seorang lelaki yang bernama Akasyah. lalu dia berkata: “Ya Rasulullah! Aku ingin ceritakan dulu perkara ini. Andai ianya dikira hutang, maka aku minta kau jelaskan. Andainya ianya bukan hutang, maka tidak perlulah engkau berbuat apa-apa”.

Rasulullah S.A.W. berkata: “Ceritakanlah wahai Akasyah”.

Maka Akasyah pun mula bercerita: “Aku masih ingat lagi ketika perang Uhud dulu, satu ketika engkau tunggang kuda, lalu engkau pukulkan cemeti ke belakang kuda. Tetapi cemeti tersebut tidak kena pada belakang kuda,…yang sebenarnya cemeti itu terkena pada dadaku kerana ketika itu aku berdiri di sebelah belakang kuda yang engkau tunggang wahai Rasulullah”.

Mendengar yang demikian, terus Rasulullah S.A.W. berkata: “Sesungguhnya itu adalah hutang wahai Akasyah! kalau dulu aku pukul engkau, maka hari ini aku akan terima hal yang sama”.

Dengan suara yang agak tinggi, Akasyah berkata: “Kalau begitu aku ingin segera melakukannya wahai Rasulullah!”.

Akasyah seakan-akan tidak rasa bersalah bila mengatakan yang demikian.

Sedangkan ketika itu sebahagian sahabat berteriak memarahi Akasyah….

“Sesungguhnya engkau tidak berhati perut wahai Akasyah! …..bukankah Baginda sedang sakit!”

Akasyah tidak menghiraukan semua itu.

Rasulullah S.A.W. meminta Bilal mengambil cemeti tersebut di rumah anaknya Fatimah.

Bila Bilal meminta cemeti tersebut dari Fatimah, maka Fatimah bertanya: “Untuk apa Rasulullah meminta cemeti ini wahai Bilal?”

Bilal menjawab dengan nada sedih: “cemeti ini akan digunakan oleh Akasyah untuk memukul Rasulullah”.

Terperanjat dan menangis Fatimah seraya berkata: “Kenapa Akasyah hendak pukul ayahku Rasulullah!……ayahku sedang sakit……..kalau nak pukul, pukullah aku ini anaknya”.

Bilal menjawab: ” Sesungguhnya ini adalah urusan antara mereka berdua”.

Bilal membawa cemeti tersebut ke masjid lalu diberikan kepada Akasyah.

Setelah mengambil cemeti, Akasyah mara ke hadapan menuju mimbar.

Tiba-tiba bangun Abu bakar menghalang Akasyah sambil berkata: “Wahai Akasyah! kalau kamu hendak pukul, pukullah aku…….aku orang yang mula-mula beriman dengan apa yang Rasulullah S.A.W. sampaikan. Akulah temannya di kala suka dan duka. Kalau engkau hendak pukul, maka pukullah aku”.

Lalu dijawab oleh Rasulullah S.A.W: “Duduklah kamu wahai Abu bakar!….ini bukan urusan kamu. Ini antara aku dengan Akasyah”.

Akasyah mara lagi ke hadapan……lalu bangun pula Umar menghalang Akasyah seraya berkata: “Akasyah! kalau engkau hendak pukul, pukullah aku……. Dulu memang aku tidak suka mendengar nama Muhammad, bahkan aku pernah berniat untuk menyakitinya, itu dulu………Sekarang jangan ada sesiapa yang berani menyakiti Muhammad. Kalau engkau nak sakiti dia, maka sakitilah aku dulu….”.

Lalu dijawab oleh Rasulullah S.A.W: “Duduklah kamu wahai Umar! Ini urusan antara aku dengan Akasyah”.

Akasyah mara lagi ke hadapan…….tiba-tiba bangun pula Ali bin Abu Talib sepupu Rasulullah S.A.W.

Dia menghalang Akasyah seraya berkata: “Akasyah! pukullah aku wahai Akasyah. Darah yang sama ada pada tubuh aku ini wahai Akasyah”.

Lalu dijawab oleh Rasulullah S.A.W: “Duduklah kamu wahai Ali! ini urusan antara aku dengan Akasyah” .

Akasyah mara lagi ke hadapan……tiba-tiba tanpa disangka, bangunlah dua orang cucu kesayangan Rasulullah S.A.W. iaitu Hassan dan Husin.

Mereka berdua merayu dan meronta.

“Wahai pak cik! pukullah kami wahai pak cik……….Datuk kami sedang sakit……..pukullah kami
wahai pak cik…..sesungguhnya kami ini adalah cucu kesayangan Baginda………..pukullah kami wahai pak cik”.

Lalu Rasulullah S.A.W berkata: “Wahai cucu-cucu kesayanganku! duduklah kamu. Ini urusan aku dengan Akasyah”.

Bila sampai di tangga mimbar, dengan tegasnya Akasyah berkata: “Macam mana aku hendak pukul engkau ya Rasulullah! Engkau duduk di atas dan aku di bawah. Kalau engkau hendak aku pukul engkau, maka turunlah ke bawah sini”.

Rasulullah S.A.W. memang seorang insan yang baik. Baginda meminta beberapa orang sahabat memapahnya ke bawah.

Baginda didudukkan pada sebuah kerusi, lalu dengan suara tegas Akasyah berkata lagi: “Semasa engkau pukul aku dulu, aku tidak memakai baju, Ya Rasulullah”.

Tanpa berlengah, dalam keadaan lemah……Rasulullah membuka baju.

Lalu kelihatanlah tubuh Baginda yang sungguh indah, sedang beberapa ketul batu terikat di perut Baginda…..ini menandakan Baginda sedang menahan kelaparan.

Lalu Rasulullah S.A.W. berkata: “Wahai Akasyah! bersegeralah dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Nanti Tuhan akan murka pada kamu”.

Akasyah terus menghampiri Rasulullah S.A.W……..lalu mula untuk menghayunkan tangan yang memegang cemeti untuk dipukulkan ke tubuh Rasulullah S.A.W.

Rupa-rupanya sambil Akasyah menghayun cemeti, sambil itu juga dia membalingkan cemeti ke arah lain…..dan sambil itu juga dia terus memeluk tubuh Rasulullah S.A.W. seerat-eratnya.

Sambil berteriak menangis, Akasyah berkata: “Ya Rasulullah, ampunkanlah aku……maafkanlah aku……mana ada manusia yang sanggup menyakiti engkau ya Rasulullah……..sengaja aku melakukannya agar aku dapat merapatkan tubuhku dengan tubuhmu…….kerana sesungguhnya aku tahu bahawa tubuhmu tidak akan dimakan oleh api neraka. Dan sesungguhnya aku takut dengan api neraka……..maafkanlah aku ya Rasulullah”.

Rasulullah S.A.W. dalam keadaan penuh hiba lalu berkata: “Wahai sahabat-sahabatku semua, kalau kamu ingin melihat ahli syurga, maka lihatlah kepada Akasyah”.

Semua sahabat tidak dapat menghalang titisan air mata yang mencurah di pipi masing-masing.

Sambil itu semua para sahabat beramai-ramai memeluk Rasulullah S.A.W.

By azlinda2

Cara kesan CCTV di hotel


Cara kesan CCTV di hotel

http://btmmari.blogspot.com | 26 Oktober 2014.

1) Sebelum masuk tandas atau bilik persalinan sila bawa handphone yang ada aplikasi bluetooth.

2) Turn ON bluetooth dan ‘search device’ yang ada. Jika anda tidak faham bagaimana nak cari ‘device’, anda cuba ‘send’ gambar @ ‘lagu’ kepada kawan anda. Kemudian tekan via bluetooth dan anda boleh nampak ‘device’ yang ada di dalam bilik itu.

3) Jika anda jumpa ‘device’ yang namanya “WDX 2201, CAM 122″ atau apa-apa nama yang anda rasa sangat pelik bunyinya, sebaik-baiknya batalkan hajat anda untuk salin pakaian kerana berkemungkinan besar terdapat wireless CCTV.

Kenapa mesti kesan guna bluetooth handphone??

Sebabnya CCTV yang dipasang ialah jenis tanpa wayar yang digunakan secara ber’bluetooth’.

By azlinda2

Faktor mudah boleh bangun berqiyamullail


Faktor mudah boleh bangun berqiyamullail

http://mahatera.blogspot.com | 25 Oktober 2014.

Faktor yang memudahkan seseorang itu boleh bangun untuk berqiyamullail

Menurut Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, terdapat beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam seperti di bawah ini:

1. Ikhlas kepada Allah dalam setiap tindakan yang dilakukan bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.

2. Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah SWT menjemputnya untuk bangun di tengah malam.

3. Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian dan perbincangan.

4. Memerhati kepada kesungguhan individu-individu terdahulu daripada kita yang istiqamah dan iltizam melakukan qiyamullail khususnya para solihin di kalngan para sahabat dan ulama.

5. Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu boleh bangun di tengah malam seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

6. Tidur dalam keadaan berwuduk seperti ditegaskan oleh Rasulullah: “Apabila anda hendak masuk tidur, berwuduklah seperti untuk menunaikan solat.” Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada al-Barra Bin Azib.

7. Bersegera masuk tidur (tidur di awal waktu) terutama lepas solat Isyak seperti amalan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

8. Berzikir dengan wirid-wirid yang Ma’thur seperti Ma’thurat sebelum tidur, kerana ia menjadi benteng diri daripada kejahatan Syaitan dan membantu untuk mudah bangun, atau ayat-ayat pilihan dari al-Quran, baca doa tidur, membaca tiga Qul dan sebagainya.

9. Seboleh-bolehnya tidur sebentar di siang hari yang dikenali sebagai ‘Qailulah’, iaitu sebelum masuk waktu Zohor atau selepasnya, ala kadar setengah jam.

10. Elak daripada banyak makan dan minum, kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam.

11. Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa jua keadaan.

12. Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia dikenal-pasti sebagai penghalang pertama dan utama dari mudah untuk bangun di tengah malam.

13. Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.

Ketahuilah wahai saudara-saudaraku sekelian!

Qiyamullail adalah ibadat yang menghubungkan hati kita dengan Allah selain ia adalah sunnah muakkadah yang sangat dianjurkan oleh Nabi s.a.w.

Baginda bersabda, (maksudnya): “Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia merupakan kebiasaan kepada orang-orang soleh sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan kamu, ia juga penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi)

By azlinda2

Rasulullah tidur di depan pintu


Rasulullah tidur di depan pintu

http://detikislam.blogspot.com | 25 Oktober 2014.

AISYAH RA mengerti betul keperibadian suaminya, Rasulullah SAW. Hidup dalam suasana keluarga memberinya kenangan indah yang kaya dari sikap keseharian utusan Allah itu. Nabi tidak pernah mengeluh walaupun hidup serba kekurangan. Hatinya sangat lapang.

Pernah Nabi tidak menjamah makanan apapun untuk sarapan di meja dapur Banginda. Seketika Nabi berniat puasa untuk hari itu. Begitulah. Rasulullah tidak ingin menjadi beban orang lain, termasuk keluarganya sendiri. Nabi bahkan selalu memanggil Aisyah dengan sapaan mesra “ya humaira” (wahai pemilik pipi kemerah-merahan).

Pengalaman lain yang tetap membekas di hati Aisyah adalah “peristiwa di awal pagi”.

Suatu hari Aisyah dicengkam rasa bimbang. Hingga menjelang subuh dia mendapati Baginda tidak tidur di sebelahnya.

Dengan gelisah Aisyah pun cuba berjalan keluar. Ketika pintu dibuka, Aisyah terkejut. Rasulullah sedang tidur di depan pintu.

“Mengapa Nabi tidur di sini?” tanya Aisyah.

“Aku pulang larut malam. Kerana bimbang mengganggu tidurmu, aku tidak sanggup mengetuk pintu. Itulah sebabnya aku tidur di depan pintu,” jawab Nabi.

Dengan demikian, tidak pelik, setiap kali Aisyah ditanya soal keperibadian Nabi, beliau selalu menjawab tegas, kana khuluquhu al-Qur’an. Akhlaknya tak ubahnya al-Qur’an! Subhanallah!

By azlinda2

Kronologi peristiwa kes liwat kedua Anwar


Kronologi peristiwa kes liwat kedua Anwar

BERNAMA | 26 Oktober 2014.

KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi peristiwa berkaitan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 28 Jun, 2008 : Bekas pembantu Anwar, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, membuat laporan polis mendakwa Anwar telah meliwatnya di sebuah kondominium di Damansara. Laporan itu dibuat dua hari selepas dakwaan insiden liwat itu.

Pada 30 Jun, 2008 : Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Mohd Saiful, yang membuat laporan polis ke atasnya bagi tuduhan liwat, dengan mendakwa laporan itu palsu dan berniat jahat.

Pada 7 Ogos, 2008 : Anwar, 60, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Hakim S.M. Komathy Suppiah membenarkan Anwar dibebaskan dengan bon peribadi RM20,000 tanpa penjamin.

On Nov 7, 2008 : Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah memutuskan supaya kes liwat Anwar dibicarakan di Mahkamah Sesyen selepas mendapati sijil untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi, yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, tidak sah.

Dalam menolak permohonan pendakwaan (supaya kes itu dipindahkan ke mahkamah Tinggi), Komathy berkata sijil itu bercanggah dengan jangkaan perundangan Anwar bahawa Abdul Gani tidak akan terlibat dalam kes itu.

Pada 5 Mac, 2009 : Mahkamah Tinggi memutuskan kes liwat itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi dan bukannya di Mahkamah Sesyen.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu ekoran permohonan pihak pendakwaan supaya dikaji semula keputusan Mahkamah Sesyen mengekalkan perbicaraan kes itu di Mahkamah Sesyen.

Beliau berkata Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah telah terkhilaf dalam memutuskan bahawa sijil pemindahan kes itu, yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, tidak sah.

Pada 6 Mac, 2009 : Anwar memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi supaya kes liwatnya didengar di Mahkamah Tinggi.

Pada 10 Mac, 2009 : Mahkamah Tinggi menetapkan 1-24 Julai sebagai tarikh perbicaraan kes liwat itu.

Pada 17 Jun, 2009 : Anwar telah memfailkan permohonan untuk mengetepikan pertuduhan liwat beliau di Mahkamah Tinggi.

Pada 6 Nov, 2009 : Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen penting dan sampel DNA yang didakwanya amat penting untuk pembelaannya dalam perbicaraan bagi pertuduhan liwat yang dihadapinya.

Antara dokumen penting itu ialah kenyataan yang direkodkan daripada saksi iaitu Mohd Saiful, Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, pemilik kondominium Hassanuddin Abdul Hamid, kenyataan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur, nota ahli kimia dan laporan perubatan.

Pada 1 Dis, 2009 : Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa ia tidak boleh membatalkan pertuduhan meliwat terhadap Anwar hanya berdasarkan laporan perubatan yang menyatakan ketiadaan penetrasi.

Semasa menolak permohonan Anwar untuk mengetepikan pertuduhan liwatnya, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata laporan perubatan tidak boleh dijadikan asas untuk mahkamah menggunakan kuasa untuk membatalkan pertuduhan itu.

Pada 3 Feb, 2010 : Perbicaraan kes liwat Anwar dimulakan dengan Mohd Saiful memberi keterangan sebagai saksi pertama. Perbicaraan itu, di hadapan Hakim Mohamad Zabidin, bermula selepas 18 bulan Anwar dituduh pada Ogos 2008.

Dalam keterangannya, Mohd Saiful memberitahu bahawa Anwar, yang didakwa meliwatnya, telah mengajaknya untuk melakukan hubungan seks di luar tabii.

Mohd Saiful berkata insident itu berlaku pada 26 Jun, 2008 selepas beliau dan Anwar selesai berbincang mengenai jadual kerja di sebuah unit kondominium Desa Damansara di sini.

Pada 5 Feb, 2010 : Mohd Saiful memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak membuang air besar selama dua hari selepas diliwat oleh Anwar. Beliau juga memberi keterangan bahawa seluar yang dipakainya pada hari insiden itu berlaku adalah hadiah daripada Anwar.

Pada 9 Feb, 2010 : Perbicaraan kes liwat itu ditangguhkan sekali lagi bagi membolehkan pihak pembelaan memfailkan maklum balas kepada afidavit jawapan terhadap permohonan Anwar supaya hakim menarik diri.

Ia ditangguhkan selepas pembelaan memohon supaya Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar kes itu dengan alasan beliau bertindak bereat sebelah.

Pada 18 Feb, 2010 : Anwar gagal dalam cubaannya untuk meminta Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes liwatnya.

Hakim Mohamad Zabidin, semasa menolak permohonan itu, memutuskan bahawa tidak ada sebab beliau perlu menarik diri daripada menghakimi kes itu, dan jika beliau berbuat demikian, ia seperti melarikan diri daripada tanggungjawabnya.

On 25 Feb, 2010 : Anwar gagal dalam cubaannya untuk mendapatkan dokumen-dokumen penting termasuk contoh spesimen DNA Mohd Saiful sebelum bermulanya perbicaraan kes liwatnya, selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya.

Pada 3 Mac, 2010 : Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Anwar, Karpal Singh, Mohd Saiful memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak membasuh duburnya selepas insiden liwat yang didakwa berlaku pada 26 Jun, 2008 kerana beliau mahu “simpan bukti”.

Mohd Saiful, saksi utama terhadap kes liwat ketua pembangkang itu, juga memberitahu bahawa beliau tidak mandi selepas insiden itu sebaliknya hanya menyiram tubuhnya.

Beliau mandi pada pagi sebelum insiden itu berlaku, katanya.

Pada 16 Ogos, 2010 : Anwar gagal dalam cubaan keduanya untuk menggugurkan pertuduhan liwat terhadap dirinya selepas permohonannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi.

Dalam usahanya menggugurkan pertuduhan itu, Anwar mendakwa integriti dan kesaksamaan keseluruhan pasukan pendakwaan adalah dicurigai berikutan dakwaan wujudnya hubungan antara Mohd Saiful dengan seorang daripada anggota pendakwaan.

Pada 20 Sept, 2010 : Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar untuk membatalkan pertuduhan liwatnya kerana ia tidak ada bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan perkara berkenaan.

By azlinda2

Program sentuh anjing: Syed Azmi mohon maaf


Program sentuh anjing: Syed Azmi mohon maaf

BERNAMA | 25 Oktober 2014.

PETALING JAYA: Penganjur program ‘I Want to Touch A Dog’ (IWTTAD) Syed Azmi Alhabshi hari ini memohon maaf atas perasaan tidak senang yang berbangkit akibat perbuatan segelintir peserta memeluk dan mencium anjing pada program itu di sini Ahad lalu.

Beliau juga menegaskan bahawa niat penganjuran program kontroversi itu bukan bertujuan memesongkan akidah, menukar hukum hakam agama, mempersendakan ulama atau menggalakkan liberalisme.

Beliau menjelaskan program IWTTAD hanya bertujuan mengatasi perasaan takut terhadap anjing, cara pengendalian termasuk membantu anjing jikalau ia berada dalam kesulitan dan batasan bersama anjing dalam konteks agama Islam.

“Program ini tidak sama sekali menggalakkan anjing sebagai binatang peliharaan. Ia adalah proses pembelajaran untuk mengenali makhluk Allah,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Hadir sama pada sidang media itu ialah penganjur bersama program itu Norhayati Ismail dan peguam Syahredzan Johan yang mewakili Syed Azmi, penganjur IWTTAD dan Ustaz Iqbal Parjin yang dijemput menyertai program itu untuk memberi penerangan dan mengajar kaedah samak kepada peserta program itu.

Syed Azmi juga menjelaskan bahawa semua pencerahan mengenai hukum-hakam pengendalian anjing telah diterangkan semasa program, bersama-sama dengan kaedah dan amali sertu (samak).

“Saya akui program ini mempunyai kelemahan tersendiri. Ingin saya memohon ribuan maaf dengan secara tidak langsung menyinggung perasaan dan menimbulkan masalah kepada mana-mana pihak.

“Ingin juga saya memohon maaf kepada mereka yang hadir pada program IWTTAD dengan niat yang ikhlas untuk belajar, bukan sebaliknya,” kata beliau.

Syed Azmi kemudiannya bergegas meninggalkan sidang media tanpa menghadiri sesi soal jawab media dan Syahredzan menjelaskan tindakan itu perlu dilakukan atas sebab keselamatan memandangkan anak guamnya menerima ribuan ugutan termasuk ancaman bunuh.

“Semasa saya berada dengan beliau (Syed Azmi) semalam, terdapat lebih 2,000 cacian dan ugutan bunuh diterima melalui medium laman sosial tidak kira Facebook, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi Whatsapps telefon bimbitnya.

“Ini telah menyebabkan beliau hidup dalam ketakutan untuk tampil di khalayak ramai (dikhuatiri) akan menerima lagi ugutan, yang berbunyi sama ada mahu ‘break his bones to death threats’,” katanya.

Syahredzan juga menafikan dakwaan kononnya Syed Azmi telah murtad.

Program IWTTAD dianjurkan pada 19 Okt lalu di Central Park, One Utama di sini.

Penganjur bersama Norhayati pula berkata perbuatan segelintir peserta beragama Islam memeluk dan mencium anjing berlaku di luar kawalan mereka.

“Kami tidak berjaya mengawal (sepenuhnya) mereka yang hadir tapi berjaya dalam niat mahu membantu mengatasi perasaan takut kepada anjing dan mengajar cara yang betul pengendalian anjing sekiranya perlu seperti saat kecemasan dan cara melakukan samak.

“Kami tidak ada niat untuk mengadakannya (IWTTAD) lagi … kami faham sensitiviti orang Islam,” katanya.

By azlinda2